Link Worth

Redhalah Atas Pilihan Allah

Written by permata on 10.08

Fikirannya tidak menentu sejak malam tadi. Seharusnya tidak begitu, kerana dia seorang yang kuat semangat dan sangat berupaya memotivasi diri sendiri. Dia jarang sekali membenarkan elemen luaran menegatifkan tindakan dan keputusannya. Keadaan sebaliknya terjadi. Hatinya tersangat rapuh. Lantas dia terus mengambil tafsir Quran, didakapnya sepenuh hati. Ohhh..dia sangat-sangat tidak kuat. Dia belek tafsiran As-Sajadah & Waqiah..surah yang sentiasa menjadi penemannya. Dia baca tanpa mempedulikan air mata yang sedari awal menitis. Makin lama dibaca makin lebat air mata yang menemani. Dia ambil semua buku agama yang ada. Setiap satunya dibelek. Dia membaca dan membaca..sehingga akhirnya dia benar-benar menyedari bahawa sesuatu yang berlaku itu sama ada baik atau buruk semuanya adalah yang telah ditentukan oleh Allah. Dibiarkannya perasaan halus itu menenangkannya seketika. Selalu dia berkata pada diri, dalam apa jua perkara positive thinking mestilah diletakkan paling hadapan. We will be just fine. Kenapa tidak begitu untuk kali ini…


Ada orang kehilangan kekasih, suami, isteri, mempunyai anak yang tidak sesempurna insan lain, juga mungkin seringkali mendapat keputusan yang tidak memuaskan walau telah sehabis daya belajar. Seringkali bila ditimpa musibah, tanpa sedar kita menyalahkan takdir. Mengapakah sering kita berburuk sangka terhadap Allah sedangkan sesungguhnya Dialah di tempat teratas untuk disyukuri segala nikmatNya.



Teringat kisah Siti Hajar, isteri Nabi Ibrahim ‘Alaihissalam yang telah ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim bersama anaknya di sebuah lembah. Bukan sebarang lembah tetapi lembah yang tandus tidak punya walau satu tanaman dan setitis air sekali pun. Selepas ditinggalkan, Nabi Ibrahim terus berlalu begitu sahaja meninggalkan isteri dan ananya yang masih kecil. Lantas Siti Hajar mengejar dengan memanggil suaminya berkali-kali;


“Wahai kekanda Ibrahim, ke manakah kekanda akan pergi meninggalkan kami di lembah yang tidak berpenghuni dan tiada satu apa pun?” Ibrahim tidak menoleh ke arahnya, lalu Siti Hajar bertanya lagi kepada baginda, “Apakah Allah yang menyuruhmu bersikap seperti ini?”. Ibrahim menjawab, “Ya!” Dan Siti Hajar kembali berkata, “Kalau demikian, Dia pasti tidak akan mensia-siakan kami.”


Sungguh indah kata-kata Siti Hajar ini. Lebih indah jika dia dan anda sekalian dapat menghayatinya. Kalau di saat ini, hati sedang menangis kerana kehilangan sesuatu, kesatlah air mata itu kerana kehilangan itu akan digantikan Allah dengan sesuatu yang tidak terjangkau dek pemikiran kita. Apabila Allah menetapkan sesuatu kesukaran ke atas kita, Dia juga telah menetapkan jalan keluar.


“Oleh itu maka (tetapkanlah kepercayaan) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai dengan kemudahan” (As-Syarh: 5)


Wahai belahan jiwa..mungkinkah langkah kita sudah tidak seiringan….


 


http://senjahati.blogspot.com/2007_10_01_archive.html

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book
  1. 0 komentar: Responses to “ Redhalah Atas Pilihan Allah ”

Blog ini hanya kumpulan artikel pilihan dari berbagai penjuru alam dunia perblogan. Diabadikan untuk referensi diri atau bagai siapa saja yang memerlukannya. Semoga ada manfaatnya. Baik bagi penulis, pembaca, tidak lupa bagi yang bikin dan ngurusi blog ini.

Recent Posts