_Istighfar Penghapus Dosa_
Written by permata on 10.38RASULULLAH SAW bersabda yang maksudnya: “Demi Allah, kalau kamu tidak
berdosa, Allah akan menjadikan satu umat lain yang melakukan dosa,
lantas mereka beristighfar kepada Allah lalu diampuni dosa mereka.”
(Hadis riwayat Muslim)
Menjadi lumrah, manusia tidak boleh lepas daripada kesalahan dan dosa.
Hal ini disebabkan adanya sifat lupa, lalai, mengikut hawa nafsu,
godaan syaitan dan sebagainya.
Sesungguhnya dosa sebenarnya bukanlah perkara yang pelik dan
mengaibkan. Tetapi, yang aibnya apabila seseorang itu kekal dalam dosa
tanpa rasa ingin kembali bertaubat serta memohon ampun daripada Allah.
Oleh itu, beristighfar amat dituntut dalam Islam kerana ia boleh
menghapuskan dosa perbuatan yang dilakukan.
http://www.ekawan.com/index.php?m=blog&BlogId=31582&month=2006-04
0 komentar: Responses to “ _Istighfar Penghapus Dosa_ ”