Link Worth

Si Jahil Yang Cuai & Si Alim Yang Malas

Written by permata on 06.47

Si Jahil Yang Cuai & Si Alim Yang Malas


Perumpamaan seorang jahil yang cuai dalam menuntut ilmu yang wajib adalah laksana seorang hamba yang dikirimi surat oleh tuannya, yang menyuruhnya melakukan beberapa perkara dan melarangnya dari beberapa perkara. Malangnya sang hamba tidak melihat pun isi surat tersebut, lalu tidak mengetahui apakah kandungannya.


Demikian pula dengan perumpamaan seorang alim yang malas beramal dengan ilmunya adalah laksana seorang hamba yang melihat isi surat tuannya dan memahami apa yang terkandung di dalam surat itu, akan tetapi dia enggan mematuhi segala suruhan yang telah tersurat maupun dalam bentuk perintah yang dia mesti lakukan atau pun larangan yang perlu dia menjauhinya.


Renungkanlah wahai saudara-saudara sekelian – moga-moga Allah S.W.T. merahmati anda dan kita semua; bukankah derhaka yang telah ditunjukkan oleh kedua-dua orang ini terhadap perintah tuannya? Dapatkah mereka membuat alasan yang boleh diterima atau mengemukakan keuzuran kepada tuan mereka? Bukankah mereka ini patut menerima hukuman dan balasan, kerana berani menetang perintah dan tidak memberi perhatian kepada perintah tuannya?


Awas..! Janganlah anda menjadi salah seorang dari kedua mereka. Si jahil yang tidak mahu belajar, sedangkan masih banyak ruang, kesempatan dan jalan untuk melepaskan kewajipannya itu; atau si alim yang tidak mahu beramal dengan dengan ilmu yang telah dikurniakan Allah S.W.T. kepadanya. Keadaan ini hanya menjadikan anda rugi di dunia dan rugi di akhirat dan itulah yang dikatakan kerugian yang sebenarnya nyata.Usaha memperluaskan diri dengan ilmu-ilmu agama yang berguna dan menambah pengetahuan adalah sebaik-baik jalan menuju Allah dan seutama-utama amalan di sisiNya. Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang maksudnya: “Barangsiapa yang menempuh suatu jalan untuk mendapatkan ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju ke syurga“.


Namun harus diingat, menuntut ilmu itu hendaklah dengan dilakukan dengan tulus ikhlas dan semata-mata kerana Allah S.W.T. dan untuk tujuan yang diredhaiNya. Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang menuntut sesuatu ilmu yang dimaksudkan untuk memperolehi keredhaan Allah, lalu dia menggunakan ilmu itu untuk bertengkar dengan para ulama’, atau menyombong diri terhadap orang yang bodoh, atau memalingkan wajah-wajah manusia kepadanya; nescaya dia akan menemui Allah sedang Allah sangat murka kepadanya“.


Sesudah itu hendaklah si alim mengerahkan dirinya untuk beramal dengan ilmu yang dituntutnya serta memanfaatkannya kepada orang lain dengan cara mengajarkannya, atau menjadikannya bahan peringatan dan nasihat. Ingatlah... Ilmu juga adalah salah satu nikmat Allah S.W.T. yang pasti akan ditanya tentangnya di akhirat kelak.


http://clearblogs.com/abuhabeeb/49679/Si+Jahil+Yang+Cuai+%26amp%3B+Si+Alim+Yang+Malas.html

berHIJRAHlah...

Written by permata on 06.36

berHIJRAHlah...


PASTINYA seeorang muslim yang sedar akan merasakan amat bersyukur dengan kedatangan tahun baru. Menunjukkan betapa rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T. kepadanya yang mengurniakan penambahan umur dengan segala macam nikmat kehidupan yang lain.Kesempatan yang masih diberikan lagi ini merupakan peluang bukan sahaja untuk meneruskan kehidupan, malah memastikan adakah kehidupan kita ini telah benar-benar menepati kehendak Allah S.W.T. Maha Pencipta yang kita akan berpulang kepadaNya. Bersifat patuh atau derhakakah kita kepada Allah S.W.T. Maha Pengurnia segala nikmat yang sepatutnya kita bersyukur kepadaNya?


Bukanlah sekadar sambutan 1 Muharram dan meraikan Ma’al Hijrah sahaja; tetapi yang lebih utama marilah kita memenuhi sabda Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah meninggalkan perbuatan dosa dan munkar, maksiat dan derhaka, jahiliyyah dan kesesatan.“Dan ‘Muhajir’ (orang yang berhijrah) itu ialah sesiapa yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah kepadanya”. (Hadith riwayat al-Bukhari & Muslim)


Jangan biarkan diri terus terbiasa dengan dosa akibat dibuai dengan kelalaian dan keseronokan yang memperdaya. Sedangkan perjalanan hidup kita semakin singkat dengan kesempatan yang semakin suntuk. Yang menanti di hujungnya ialah pembalasan Allah S.W.T. yang seorang pun tidak dapat melepaskan diri daripadanya. Bukankah janji seksa dan neraka untuk hamba-hambaNya yang ingkar dan derhaka?Takutilah kemurkaan Allah… Ayuh berhijrah menuju keredhaanNya…!


http://clearblogs.com/abuhabeeb

di mana untuk AKHIRAT...

Written by permata on 06.33

di mana untuk AKHIRAT...


KETIKA memenuhi tuntutan hidup, kita seringkali terlupa betapa dunia yang kita bersusah payah kerananya ini hanyalah kehidupan sementara yang menjadi medan ujian sebelum berpulang ke alam yang kekal abadi di akhirat.Akhirat yang mungkin kita anggap jauh itu sebenarnya sentiasa semakin dekat dengan setiap detik yang kita lalui dan penuhi dalam kehidupan ini. Bukan di sana yang kita akan beramal, beribadah, menunjuk taat dan patuh kepada Allah S.W.T.; tetapi disini, dalam kesempatan hidup yang semakin pendek ini. Kita pasti dibangkitkan semula di sana hanya untuk menerima balasan dari apa yang telah kita usahakan di sini.


Ya, kita memang perlu bekerja dan mencari rezeki untuk memenuhi keperluan hidup bersama tanggungan kita di dunia ini. Memang tidak salah mencari kecukupan dan keselesaan hidup. Tapi bukankah kita juga perlukan pahala, ganjaran amal dan redha Allah S.W.T. untuk kebahagiaan hidup kita di akhirat nanti?


Moga ada ruang yang turut kita peruntukkan juga untuk Allah S.W.T. yang kita wajib memperhambakan diri kepadaNya dan untuk akhirat yang kita pasti akan hidup malah selama-lamanya di sana. Kalau banyak yang dapat kita laburkan dan korbankan untuk dunia yang akan kita tinggalkan ini, mengapa tidak berusaha mencari masa untuk akhirat sedang kita tujui itu?


Peluang masih ada untuk kita kembali kepada Allah, bersolat, berjamaah di masjid dan surau, membaca dan memahami al-Quran, berada dalam majlis-majlis ilmu Islam dan lain-lain amalan yang dituntut oleh agama. Jangan sampai terlewat hingga tiba pada titik yang kita tidak mungkin kembali lagi…


http://clearblogs.com/abuhabeeb

Wahai Pemimpin! Kemewahan Dirimu Bukanlah Kehebatanmu

Written by permata on 06.22

Wahai Pemimpin! Kemewahan Dirimu Bukanlah Kehebatanmu


    Semua pemimpin hendaklah memastikan perdampingan dengan penasihatan yang baik itu benar-benar dihayati dalam kepimpinannya. Inilah jalan selamat setiap kepimpinan. Umara jujur hendaklah selalu bersama para ulama yang ikhlas. Keikhlasan para ulama menyuburkan keadilan pemerintah. Maka haram dan khianatlah ulama jika mereka mengampu sehingga pemimpin terbuai nyenyak dalam kesalahan.


Saya terbaca dialog yang menarik antara khalifah yang sangat adil iaitu Umar bin ‘Abdul Aziz dan penasihatnya yang jujur Rajak bin Haiwah. Kata Rajak bin Haiwah: Ketika ‘Umar bin ‘Abdul Aziz menjadi Gabenor Madinah, beliau pernah berkata kepadaku: “Wahai Rajak! pergi belikan untukku sehelai baju”. Aku pun belikan untuknya sehelai baju yang bagus, harganya lima ratus dirham. Apabila aku membawanya kepada beliau, maka beliau memegangnya dan berkata: “Bagus, cuma ianya murah”.



Selepas beberapa tahun beliau menjadi khalifah. Suatu hari beliau berkata kepadaku: “Belikan untukku sehelai baju”. Maka aku membeli untuknya sehelai baju yang murah lagi amat sederhana, harganya hanya lima dirham. Apabila aku membawanya kepada beliau, maka beliau memegangnya dan berkata: “Bagus, cuma ianya mahal”.Aku kehairanan, bagaimana mungkin baju yang aku beli untuknya di Madinah beberapa tahun lalu dengan harga lima ratus dirham dianggap murah dan baju yang aku beli sekarang dengan harga hanya lima dirham dianggap mahal. Perasaanku tersentuh dengan perkataan beliau dan aku pun menangis. ‘Umar bin Abdul Aziz bertanya: “Apa yang membuatkan engkau menangis wahai Rajak?. Kataku: “Perkataanmu wahai Amirul Mukminin, bagaimana mungkin engkau menganggap baju yang lepas yang berharga lima ratus dirham murah, dan baju sekarang yang berharga limadirham mahal?.Kata ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz: “Wahai Rajak, sesungguhnya aku memiliki jiwa yang sentiasa berkeinginan. Setiap kali aku mencapai sesuatu, jiwaku inginkan sesuatu yang lebih dari itu. Wahai Rajak! Jiwaku inginkan sepupuku Fatimah binti Abdul Malik, lalu aku mengahwininya. Kemudian jiwaku inginkan jawatan gabenor, lalu aku dilantik memegangnya. Kemudian jiwaku inginkan jawatan khalifah, alu aku mencapainya. Sekarang jiwaku inginkan syurga, aku harap aku dapat menjadi penghuninya”. (lihat: Salah al-Khalidi, Al-Khittah al-Barraqah lizi al-Nafs al-Tauwaqah, 93-94, Damsyik: Dar al-Qalam).


Demikianlah jiwa seorang pemimpin yang mencatatkan sejarah keadilan kepimpinannya dengan tinta emas. Dia hanya memerintah selama dua tahun, tetapi dia mengukir namanya dengan penuh keindahan di persada sejarah yang tidak kunjung padam. Hubungan jiwanya dengan habuan kekal yang diharapkan di sisi Allah pada hari akhirat kelak telah menjadikan kepimpinannya penuh dengan keadilan dan rahmah Allah yang mencurah-curah.Sekalipun pakaiannya hanya dari kain murahan, tetapi keadilannya tidak dapat dibeli dengan apa-apa harga pun. Sejarah tidak pernah mengenangkan kemewahan harga baju atau kediaman seorang pemerintah dengan kenangan indah. Bahkan dalam sejarah, sikap suka bermewah-mewah pemerintah menggunakan harta rakyat telah banyak menghasilkan mimpi ngeri dan babak hitam bagi kehidupan rakyat jelata. Namun sejarah indah hanya akan mengingati keadilan dan amanahnya seorang penguasa, sekalipun bajunya buruk.


Lihatlah tampungan yang ada di baju Khalifah ‘Umar bin al-Khattab r.a., namun jiwa rakyatnya tidak pernah berlubang seperti bajunya. Amanah dan keadilan meliputi pemerintahannya. Entah berapa ramai pemimpin yang baju mereka megah dan mewah, namun jiwa dan perasaan rakyat mereka sentiasa terkoyak dan carik. Kesilapan besarlah seorang pemimpin jika merasakan dia dihormati kerana gaya mewahnya yang menjulingkan mata rakyat. Dia lupa pemimpin dihormati kerana jasa, prihatin, amanah dan keadilan pemerintahannya. Bukan kerana kenderaannya yang mewah, atau rumahnya yang megah, atau paip dan curutnya yang panjang, atau isterinya yang berhias permata berlian atau cermin matanya yang pekat hitam sehingga dia buta penderitaan rakyatnya. Tidak! Demi sesungguhnya tidak. Itu semua hanya menimbulkan curiga, prasangka dan kedengkian perasaan yang memburukkan kasih-sayang antara orang bawahan dan atasan.


Saya tidak pernah menyeru agar pemimpin Dunia Islam hidup dalam kemiskinan, atau kelaparan, atau memakai pakaian yang buruk dan tinggal di rumah yang nak roboh, atau berkenderaan yang cabuk. Tidak, bukan demikian. Mungkin gaya yang hebat juga diperlukan untuk politik zaman kini yang terpaksa menghadapi persaingan musuh-musuh yang berbagai. Mereka boleh bermewahan jika itu adalah harta mereka yang halal, bukan rasuah atau salahguna kuasa. Mereka boleh memakai dan memiliki apa yang mereka mahu, jika itu semua datang dari sumber yang Allah redha untuk mereka. Saya pun tahu, ada pemimpin-pemimpin yang sememang berharta hasil dari usahanya sendiri. Bahkan kekayaan sesetengah pemimpin melimpah untuk rakyatnya dengan keikhlasan dan kasih-sayang.Perlis barangkali antara contoh yang baik dalam hal ini. Namun di sesetengah negara dan negeri, ke’ranggi’an pemimpin yang bergaya dengan hartanya menimbulkan kejengkelan dalam jiwa rakyat yang melihat. Sehingga seakan perlambangan seorang pemimpin itu, bukan kerena kewibawaannya, atau adab dan karismanya, atau keadilannya, sebaliknya adalah harta dan kekayaannya yang ditunjuk-tunjukkan kepada orang ramai. Rumah pemimpin dikenali bukan kerana dipenuhi rakyat yang mengadu hal derita mereka, tetapi kerana pagarnya yang besar, dan kemewahan luar dan dalamnya. Kereta pemimpin dikenali bukan kerana kerap sampai ke tempat rakyat, tetapi kerana luar biasa harganya. Isteri pemimpin dikenali bukan kerana adab dan sopannya terhadap rakyat, tetapi kerana gaya ranggi dan hiasan diri yang mahal-mahal. Maka sesetengah pemimpin merasakan dirinya berada pada kasta yang tinggi dan rakyat pula pada kasta bawahan. Maka wakil rakyat ada yang bertukar menjadi ‘tokeh rakyat’. Jika hal ini berlaku, politik kedengkian pun akan subur dan terus merebak lalu umat ini terus bergolak.


Saya terbaca dalam Musannaf Abi Syaibah riwayat yang menceritakan apabila dibawa kepada Saidina ‘Umar harta rampasan Maharaja Kisra Parsi yang begitu banyak dan menakjubkan, maka beliau pun menangis. Lalu ditanya kepadanya: “Apa yang membuatkan engkau menangis wahai Amirul Mukminin, padahal hari ini adalah hari kesyukuran, kegembiraan dan keseronokan”. Jawab ‘Umar: “Tidak ada kaum yang banyak pada mereka benda ini (harta) melainkan Allah campakkan di antara mereka permusuhan dan kebencian” (8/147). Islam bukanlah anti harta, tetapi Islam memusuhi penyalahgunaan harta dan kemewahan yang mengheret kemusnahan. Masyarakat Islam perlu kaya, tetapi kekayaan yang membawa kekuatan kepada umat, bukan hanya untuk keborosan individu. Jika ramai yang kaya tetapi tidak berbakti kepada umat, untuk apa kita berbangga dengan kekayaan mereka?.Jika pemimpin menjadikan harta dan gaya mewah teras kekuatannya, bukan keadilan dan kewibawaannya, maka insan-insan munafik dan pelahap harta pun akan mengelilinginya. Dia dikelilingi kerana habuan yang diharapkan. Dia dipuji kerana harta yang boleh diberi. Dia akan sukar menemui insan jujur yang sudi menegur tanpa minta dibalas dan menasihati kerena ikhlas. Maka kesilapannya tidak dibetulkan, kesalahannya tidak diingatkan. Lalu dia tenggelam dalam pujian dusta dan khianat, kerana setiap yang ada di kelilingnya tidak pernah berfikir tentang nasib pemimpin mereka di akhirat nanti, sebaliknya hanya berfikir tentang untung mereka di dunia. Jika ada tokoh berlebel agama di sekitarnya pun, tidak akan berfungsi jika harta yang dicarinya. Akhirnya, ulama hanya mainan orang politik, bukan orang politik dipandu oleh ulama.


Allah berfirman dalam Surah al-Ahzab ayat 66-68: (maksudnya) Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): “Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. Dan mereka berkata lagi: “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!”. Justeru itu dalam hadis baginda menyebut: “Sesungguhnya ALLAH meredhai kamu tiga perkara, dan memurkai kamu tiga perkara. Dia meredhai kamu jika (pertama) kamu beribadah kepadaNya dan tidak menyekutukanNya sedikitpun, (kedua) kamu berpegang teguh dengantali ALLAH kesemuanya. (ketiga) Kamu menasihati sesiapa yang ALLAH jadikan dia memerintah urusan kamu. Dia memurkai kamu banyak bercakap (yang tiada faedah), menghilangkan harta dan banyak bertanya (maksudnya pertanyaan yang tidak berfaedah) (Riwayat Malik dalam al-Muwatta`).


Hari ini, banyak sukatan dan ukuran telah berubah. Ramai manusia yang tidak memiliki idealisma atau karisma kepimpinan muncul menjadi pemimpin hanya kerana hartanya, atau kem politiknya yang telah berjaya, lalu dia pun dibakulkan sekali. Apabila seseorang naik dalam politik kerana hasil umpan hartanya semata, tentu dia inginkan pulangan modalnya. Maka rasuah dan politik wang akan berluas-luasa. Jika dia naik dalam politik kerana ketajaman idealisma dan karismanya, maka sudah pasti dia ingin membuktikan kemampuan pemikiran yang bernas itu untuk dimanfaatkan masyarakat. Maka rakyat mendapat pulangan faedah yang besar dari pemimpin yang berwibawa dan berkarisma, tetapi akan terpaksa membayar harga yang tinggi terhadap pemimpin yang diangkat kerena umpan hartanya.Maka akhirnya nanti, golongan Ruwaibidah akan menguasai masyarakat. Al-Ruwaibidoh adalah satu istilah yang diguna pakai oleh Nabi s.a.w. untuk menggambarkan satu golongan yang akan muncul menjelang kiamat. Mereka adalah kelompok yang tidak berkualiti tetapi ingin berbicara persoalan besar. Sabda baginda: “Sesungguhnya sebelum kedatangan dajjal-dalam riwayat yang lain: sebelum kiamat- adanya tahun-tahun yang penuh tipu daya. Ketika itu didustakan orang yang benar, dianggap benar orang yang dusta, dianggap khianat orang yang amanah, dianggap amanah orang yang khianat, dan bercakap ketika itu al-Ruwaibidoh. Para sahabat bertanya: “Siapakah al-Ruwaibidoh?” Sabda Nabi s.a.w.: Orang lekeh yang berbicara mengenai urusan awam (orang ramai).” Hadith ini diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Abu Ya’la, al-Bazzar, Ibnu Majah, al-Kharaiti, dan al-Hakim. Al-Hakim menyatakan isnadnya sahih.dan ini disetujui oleh Al-Zahabi.


Maka menjadi tanggungjawab rakyat dan kepimpinan negara memastikan setiap tokoh yang akan dilantik adalah kerana kewibawaannya. Karisma atau kewibawaan itu dirujuk kepada dua persoalan asas; pertama; persoalan pegangannya kepada agama secara menepati al-Quran dan Sunah. Ini kerana kemuliaan umat ini mempunyai kaitan yang tidak boleh dipisah dengan penghayatan seseorang terhadap ajaran Allah dan RasulNya. Kedua; kemampuannya dalam memegang amanah kepimpinan dalam ertikata mampu memimpin umat ke arah kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat. Bukan semestinya lebai atau ustaz, tetapi iltizam dan keupayaan. Bukan kemewahan hartanya, atau lebar serbannya, tetapi kewibawaannya. Firman Allah: (maksudnya) “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.” (Surah an-Nisa’ ayat 58).Amatlah dukacita bagi sebuah masyarakat yang apabila disebut perkataan pemimpin politik lalu terus terbayang dalam pemikiran kebanyakan orang tentang limpahan hartanya dan gaya mewahnya, bukan ketajaman mindanya atau keprihatinannya kepada rakyat. Sebenarnya, kita pun suka pemimpin yang kaya berharta, jika itu semua membolehkannya membantu rakyat khususnya kaum muslimin. Namun hendaklah kekayaan adalah hasil dari titik peluhnya sendiri atau usahanya yang tidak mencemarkan kepentingan harta rakyat. Jika itu dapat dilakukan, dia bukan sahaja memimpin idea yang baik, juga penderma yang membawa kebaikan untuk rakyatnya. Kekayaan pemimpin mesti untuk manfaat rakyat. Maka dengan itu dia dipilih di samping kewibawaannya juga kerana kesudiannya menghulurkan bantuan, bukan membisneskan harta rakyat. Dalam Musannaf Abi Syaibahjuga meriwayatkan surat Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab r.a. kepada gabenornya Abu Musa al-Asy’ari r.a., antara isinya: “Sesungguhnya pemimpin yang paling bahagia ialah mereka yang menyebabkan rakyatnya bahagia, dan pemimpin yang paling celaka ialah yang menyebabkan rakyatnya celaka. Jaga-jaga engkau jangan bermewah-mewahan, nanti pegawai-pegawaimu juga akan bermewah-mewahan”. (8/147)


Maka seorang pemimpin itu mestilah mempunyai penasihat-penasihat yang baik. Mereka menasihatinya dengan jujur, dan hendaklah selalu dia berkata “berikan pendapat yang ikhlas lagi diredhai Allah kepada saya” Sabda Nabi s.a.w.: “Tidak dilantik seorang khalifah melainkan akan ada baginya dua bitanah (penasihat yang rapat). (Pertama) Bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kebaikan serta menggalakkannya. (Kedua) bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kejahatan serta menggalakkannya. Hanya selamat ialah sesiapa yang selamatkan ALLAH. (Riwayat al-Bukhari dan al-Nasai). Semua pemimpin hendaklah memastikan perdampingan dengan penasihatan yang baik itu benar-benar dihayati dalam kepimpinannya. Inilah jalan selamat setiap kepimpinan. Umara jujur hendaklah selalu bersama para ulama yang ikhlas. Keikhlasan para ulama menyuburkan keadilan pemerintah. Maka haram dan khianatlah ulama jika mereka mengampu sehingga pemimpin terbuai nyenyak dalam kesalahan.



http://tamanilmuislam.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=194   

Husnu dzon: sejauh mana hati membenarkan di kalangan jemaah

Written by permata on 02.38

Husnu dzon: sejauh mana hati membenarkan di kalangan jemaah


Kisah ni mungkin berlaku dikalangan orang yang terlibat dengan mana-mana aktivis dakwah ataupun jemaah. Tapi mungkin juga pernah berlaku dikalangan sahabat-sahabat kita yang lain. Persoalan yang timbul disini ialah masing-masing sudah faham akan erti husnu dzon tapi sejauh mana praktikalnya di dalam kehidupan seharian mereka. Istillah tu seakan-akan mencurah air ke daun keladi. Mana taknya. Belajar...tapi tak tau untuk apa. Dan akibatnya tidak meninggalkan sebarang kesan dihati untuk melaksanakannya.


Kenapa perkara ini masih lagi berlaku walaupun masing-masing boleh dikatakan kuat dalam amal fardunya,faham dalam ilmu-ilmu agama , hebat dalam aktivis dakwah mereka dan hal-hal yang sewaktu dengannya. Dimanakah puncanya?orang lain atau diri sendiri. Yakinilah, jika satu jari telunjuk mengarah kearah lain, maka jari yang selebihnya tertunjuk kepada diri sendiri.Jawapannya mudah sangat.."HATI" jawapannya. Dari jawapan ni timbulpulak persoalan yang kedua iaitu dimanakah kedudukan amalan-amalan kita yang "hebat" ni?Diterima atau tidak? jawapnnya..Allahualam ..Ingatlah sahabat, Janganlah kita mengungkit apa yang sudah kita lakukan kepada orang lain, barangkali ianya menyusahkan tapi adulah apa yang kita sudah lakukan kepada Ilahi, barangkali ia akan menjadikan kita lebih


baik apa yang kita sangkakan.
Akhir kalam, "HATI-HATI" dengan "HATI".


"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai" (Al-A'raf:179)


http://islamaddeen.blogspot.com/search?updated-min=2007-01-01T00%3A00%3A00%2B08%3A00&updated-max=2008-01-01T00%3A00%3A00%2B08%3A00&max-results=18

Kata2 hikmah Ibnu Qayyim

Written by permata on 07.58

Kata2 hikmah Ibnu Qayyim


Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tdk akan terurai kecuali


menerima kehendak Allah SWT.


Di dlm hati manusia ada keganasan dan tdk akan hilang kecuali berjinak


dgn Allah SWT.


Di dlm hati manusia ada kesedihan dan tdk akan hilang kecuali seronok


mengenali Allah SWT.


Di dlm hati manusia ada kegelisahan dan tdk akan tenang damai kecuali


berlindung, bertemu dan berjumpa dgnNya.


Di dlm hati manusia ada penyesalan dan tdk akan padam kecuali redha dgn


suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan


sabar sehingga menemuiNya.


Di dlm hati manusia ada hajat dan tdk akan terbendung kecuali kecintaan


kpdNya dan bermohon kpdNya.


Kesenantiasaan berzikir kpdNya adlh keikhlasan sebenar kpdNya..Andai


dunia dan isinya diberikan kpd manusia, masih tdk lagi dpt membendung


hajat hati si hamba itu.


Wallahu ta'ala a'lam


http://sitiyusrinanadihahjamaludin.blogspot.com/2005_08_01_archive.html

Cry me a river...

Written by permata on 07.55

Cry me a river...


Air mata adakalanya penyubur hati, penawar duka. Adakalanya buih


kekecewaan yang menyempit
perasaan, menyesak kehidupan. Air mata seorang manusia hanyalah umpama


air
kotor diperlimpahan. Namun setitis air mata kerana takutkan ALLAH


persis permata indahnya gemerlapan.
Penghuni Syurga ialah mereka yang banyak dukacitanya di dunia.


Tidak berkumpul dua perkara dalam satu masa. Barangsiapa gembira di


dunia akan berdukacita di
akhirat. Barangsiapa yang banyak dukacitanya di dunia akan gembira di


akhirat.
Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat


menangis kerana dunia yang datang.


Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang Abid. Alangkah sedikitnya


hartaku, kesal si
hartawan. Dari mata yang mengintai setiap kemewahan yang mulus penuh


rakus, mengalirlah air mata
kecewa kegagalan. Dari mata yang redup merenung Hari Akhirat yang


dirasakan dekat, mengalirkan air mata insaf
mengharap kemenangan.


Penghuni Syurga itulah orang-orang yang menang (Al- Hasr: 20)
Tangis adalah basahan hidup, justeru: Hidup dimulakan dengan tangis,


dicelahi oleh tangis dan diakhiri dengan tangis.
Manusia sentiasa dalam dua tangisan. Sama ada yang membawa untung atau


merugikan. Sabda Rasulullah s.a.w.
Ada dua titisan yang ALLAH cintai, pertama titisan darah para Syuhada


dan titisan air mata
yang jatuh kerana takutkan ALLAH. Nabi Muhammad bersabda lagi :


Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH cintai
daripada tasbih para wali


Oleh itu berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang akan


mengakibatkan diri menangis lebih lama dan ada tangisan yang
membawa bahagia untuk selama-lamanya. Seorang pendosa yang menangis


kerana dosa adalah lebih baik daripada Abid yang berangan-angan
tentang Syurga mana kelak ia akan bertakhta.


Nabi bersabda :Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih,
lebih
ALLAH sukai dari satu kebaikan yang
menimbulkan
rasa takbur
Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan
kejahilan.
Ketawa seorang ulamak dunia hilang ilmu,
hilang
wibawanya.
Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya.
Nabi Muhammad bersabda :
Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya
kamu
banyak menangis dan sedikit ketawa.
Seorang Hukama pernah bersyair :
Aku hairan dan pelik,melihat orang ketawa
kerana
perkara-perkara yang akan menyusahkan,lebih
banyak daripada perkara yang menyenangkan
Salafussoleh menangis walaupun banyak
beramal,
takut-takut tidak diterima ibadatnya, kita
ketawa
walaupun sedar diri kosong daripada amalan.
Lupakah kita Nabi pernah bersabda :
Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa,akan
dicampakkan ke neraka dalam keadaan
menangis
Kita gembira jika apa yang kita idamkan
tercapai.
Kita menangis kalau yang kita cita-citakan terabai.
Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka.
Namun, Allah SWT telah berfirman :
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal
ia
amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,pada hal


ianya amat buruk
bagimu. ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak
mengetahui
(AL BAQARAH : 216)


Bukankah Nabi pernah bersabda:
Neraka dipagari nikmat, syurga dipagari
bala


Menangislah wahai diri, agar senyumanmu
banyak
di
kemudian hari.
Kerana engkau belum tahu, nasibmu dipuak
kanan
atau dipuak kiri.
Di sana, lembaran sejarahmu dibuka satu
persatu,
menyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya
bergantung kepada syafaat Rasulullah yang
dikasihi Tuhan.


Kenangilah, sungai-sungai yang mengalir itu
banjiran air mata Nabi Adam yang menangis
bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah
bumi
kerana terangkatnya taubat.


Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu
memukul
dirinya dengan berkata :
;Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali
seorang, aku takut akulah orang itu


Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim apabila
ditanya :
Kenapa engkau menangis?
Aku tidak mempunyai anak lagi untuk dihantar
jawabnya.
Menangislah sebagaimana Ghazwan yang tidak
sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan
matanya dari memandang ke langit seumur
hidup,lalu berkata :
Sesungguhnya engkau mencari kesusahan dengan
pandangan itu
Ibnu Masud r.a.berkata :
Seorang yang mengerti al Quran dikenali
waktu
malam ketika orang lain tidur,dan waktu
siangnya
ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya
ketika
orang lain sedang gembira dan tangisnya di
waktu
orang lain tertawa. Diamnya di waktu orang
lain
berbicara, khusuknya di waktu orang lain
berbangga, seharusnya orang yang mengerti al
Quran itu tenang, lunak dan tidak boleh
menjadi
seorang yang keras, kejam, lalai, bersuara
keras
dan marah
Tanyailah orang-orang soleh mengapa dia tidak
berhibur:
Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati
itu
di belakang kami,kubur di hadapan kami,kiamat
itu
janjian kami,neraka itu memburu kami dan
perhentian kami ialah ALLAH
Menangislah di sini,sebelum menangis di
sana!!!.............



http://sitiyusrinanadihahjamaludin.blogspot.com/2005_08_01_archive.html

Blog ini hanya kumpulan artikel pilihan dari berbagai penjuru alam dunia perblogan. Diabadikan untuk referensi diri atau bagai siapa saja yang memerlukannya. Semoga ada manfaatnya. Baik bagi penulis, pembaca, tidak lupa bagi yang bikin dan ngurusi blog ini.

Recent Posts