_10 perbuatan sia-sia perlu dielak_
Written by permata on 11.01SUFYAN ats-Tsauri, seorang ulama hadis terkemuka, menyatakan ada 10
perkara yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:
1. Lelaki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tetapi tidak
dimohonkannya doa untuk ibu bapanya sendiri dan kaum Muslimin.
2. Orang yang membaca al-Quran, tetapi tidak membaca secara tertib
sehingga 100 ayat setiap hari.
3. Lelaki yang masuk ke dalam masjid, kemudian dia keluar kembali dari
masjid tanpa mengerjakan solat tahyatul masjid.
4. Orang yang melewati tanah perkuburan, tetapi tidak mengucapkan salam
kepada penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah
mereka.
5. Lelaki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian dia
keluar dari kota itu tanpa mengerjakan solat Jumaat berjemaah.
6. Lelaki atau wanita tinggal dalam suatu lingkungan dengan seorang
ulama, tetapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah
ilmu pengetahuan.
7. Dua lelaki yang bersahabat, tetapi mereka tidak saling menanyakan
keadaan masing-masing dan keluarganya.
8. Lelaki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tetapi tidak
diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.
9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa
memanfaatkan waktu berharga untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi
pekerti.
10. Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran
kelaparan, sedang dia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.
http://www.ekawan.com/index.php?m=blog&BlogId=31582&month=2006-04
0 komentar: Responses to “ _10 perbuatan sia-sia perlu dielak_ ”