Link Worth

Rasulullah berpesan hati-hati beri, terima pujian

Written by permata on 09.25

SUKA dipuji dan memuji diri sendiri adalah sifat mazmumah yang


membuahkan sikap riak. Sebenarnya yang layak dan berhak dipuji hanyalah


Allah. Inilah maksud dalam surah al-Fatihah: “Segala puji hanya untuk


Allah, Pencipta dan Penguasa seluruh alam.” (Surah al-Fatihah, ayat 2)


Segala yang kita kagum dan takjub semuanya rekaan Allah Yang Maha


Bijaksana termasuklah diri dan segala kepakaran serta kebolehan yang


ada pada kita. Justeru, di mana letaknya kewajaran dibuai perasaan


bangga dan bahagia apabila mendapat pujian yang belum teruji


keikhlasannya?
 


Memuji Allah dengan lafaz ‘Alhamdulillah&rsqu o; mengandungi


pengiktirafan akan Kebesaran, Keagungan, Kesempurnaan zat dan


sifat-Nya. Di samping itu, ia juga mengandungi pengertian kesyukuran


tulus ikhlas di atas segala nikmat-Nya yang tidak terkira.


Memuji Allah adalah satu ibadat dan Allah sangat suka kepada hamba yang


memuji-Nya. Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW


bersabda yang bermaksud: “Zikir yang paling afdal ialah


‘LailahaillaAllah&r squo; dan doa yang paling afdal ialah


‘Alhamdulillah&rsqu o;.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)


Anas bin Malik meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:


“Di kala Allah menganugerahkan satu nikmat kepada seseorang hamba,


lantas hamba itu menerimanya dengan ucapan ‘Alhamdulillah&rsqu o; maka


‘Alhamdulillah&rsqu o; yang diucapkan itu lebih baik daripada nikmat


yang diterimanya.” (Hadis riwayat Ibn Majah)


Daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:


“Apabila seseorang hamba berkata, “Wahai Tuhanku, untuk-Mu saja segala


pujian yang selayaknya dengan keagungan wajah-Mu dan kebesaran


kekuasaan-Mu, dua malaikat terpinga-pinga, tidak tahu apa yang hendak


dicatatkan. Lalu kedua-duanya segera menghadap Allah dan berkata: Wahai


Tuhan kami, sesungguhnya seorang hamba-Mu mengungkap satu ucapan yang


kami tidak mengetahui bagaimana menulis pahalanya. Allah bertanya


apakah ungkapan itu sedangkan Dia sudah mengetahuinya. Maka malaikat


itu menyebut ungkapan yang didengari. Allah berfirman kepada


kedua-duanya: Kalian berdua tulislah apa yang diucapkan oleh hamba-Ku


itu. Apabila tiba waktu dia kembali menemui-Ku nanti Aku akan


memberinya ganjaran yang sesuai dengan ucapannya itu.” (Hadis riwayat


Ibn Majah)
 
Diriwayatkan, Rasulullah SAW mendengar seorang lelaki memuji seorang


lelaki lain, lantas Baginda SAW bersabda yang maksudnya: “Malang kamu!


Sesungguhnya kamu sudah memotong lehernya! Kemudian Baginda SAW


menambah: “Sekiranya seseorang daripada kamu tidak dapat mengelak


daripada memuji temannya maka hendaklah dia berkata, saya kira begini,


jangan sekali-kali dia menyucikan seseorang mengatasi Allah.” (Hadis


riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Muawiyah berkata bahawa Rasulullah SAW jarang sekali meninggalkan


pesanan ini di dalam khutbah Jumaatnya: “Sesiapa yang Allah kehendaki


kebaikan untuknya, diberinya kefahaman yang mendalam mengenai agama.


Sesungguhnya harta itu manis lagi menawan. Sesiapa yang mengambilnya


dengan cara yang benar, diberkati padanya. Berwaspadalah kamu daripada


perangai puji memuji. Sesungguhnya pujian itu adalah sembelihan.”


(Hadis riwayat Ahmad)


Namun kita perlu bezakan antara memuji (ada udang sebalik batu) dengan


memberikan pengiktirafan dan penghargaan. Memberikan pengiktirafan dan


penghargaan digalakkan bertujuan memberi galakkan, melebarkan


silaturahim dan mengeratkan kasih sayang. Nawaitu perlu dijaga


sepanjang waktu.


Kita juga dilarang memuji diri sendiri dan menyebut kebaikan diri.


Firman Allah yang bermaksud: “Tidakkah engkau perhatikan (dan merasa


pelik wahai Muhammad) kepada orang-orang yang membersihkan (memuji)


diri sendiri? (Padahal perkara itu bukan hak manusia) bahkan Allah


jugalah yang berhak membersihkan (memuji) sesiapa yang dikehendaki-Nya


(menurut aturan syariat-Nya); dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau


dikurangkan balasan mereka) sedikitpun.” Surah an-Nisaa, ayat 49)


Menurut al-Hasan dan Qatadah, ayat ini mengenai Yahudi dan Nasrani yang


mendakwa mereka adalah anak Allah dan kekasih-Nya. Mereka juga berkata:


“Tidak sekali-kali akan masuk syurga melainkan orang-orang yang


beragama Yahudi atau Nasran. Yang demikian itu hanyalah angan-angan


mereka saja. Katakanlah (wahai Muhammad): “Bawalah ke mari


keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu


katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar.” (Surah


al-Baqarah, ayat 111)


Al-Miqdad bin al-Aswad berkata Rasulullah SAW memerintahkan kami supaya


menabur pasir ke muka orang yang suka memuji diri.” (Hadis riwayat


Muslim)


Terkesan dengan tarbiah al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW, Umar bin


al-Khattab pernah berkata: “Sesungguhnya perkara yang paling aku takuti


menimpa kamu ialah kagum kepada buah fikiran dan diri sendiri. Sesiapa


yang mendakwa dia orang yang beriman, maka sebenarnya dia kafir. Dan


sesiapa yang mendakwa dia orang yang berilmu, maka sebenarnya dia


jahil. Dan sesiapa yang mendakwa dia ahli syurga, maka sebenarnya dia


ahli neraka.” (Hadis riwayat Ibn Marduwaih)


http://utusanrasul.tblog.com/archive/2007/09/

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book
  1. 0 komentar: Responses to “ Rasulullah berpesan hati-hati beri, terima pujian ”

Blog ini hanya kumpulan artikel pilihan dari berbagai penjuru alam dunia perblogan. Diabadikan untuk referensi diri atau bagai siapa saja yang memerlukannya. Semoga ada manfaatnya. Baik bagi penulis, pembaca, tidak lupa bagi yang bikin dan ngurusi blog ini.

Recent Posts