hadits...
Written by permata on 10.56Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Empat kalangan yang
pada waktu pagi mereka dimurkai Allah dan pada waktu petangnya juga
dimurkai Allah. Abu Hurairah bertanya: Siapa mereka wahai Rasulullah?
Jawab baginda:” Orang lelaki yang berlagak seperti wanita, kaum wanita
yang berlagak seperti lelaki. Orang yang bersetubuh dengan binatang dan
orang yang melakukan hubungan sejenis.”
(At-Tabrani dan al-Baihaqi)
Huraian
1. Allah S.W.T melaknat orang yang melakukan perbuatan keji dan
terkutuk seperti golongan bapuk (maknyah), perempuan yang berperwatakan
lelaki, mereka yang bersetubuh dengan binatang dan orang yang melakukan
homoseks dan lesbian.
2. Semua perbuatan ini jelas menunjukkan penentangan terhadap hukum
fitrah manusia yang seolah-olah menolak ketetapan Allah S.W.T. Mereka
membiarkan hawa nafsu menguasai diri hingga sanggup melakukan perkara
mungkar bahkan lebih jijik lagi sanggup bersetubuh dengan binatang.
3. Sesungguhnya manusia adalah makhluk yang amat dimuliakan oleh Allah
S.W.T. Sewajarnya mereka bertindak selaku orang yang berakal fikiran
bukan seperti binatang yang bernafsu buas tanpa mengenal buruk baik,
halal dan haram.
4. Syaitan adalah musuh utama manusia. Setiap perbuatan buruk yang
dilakukan adalah petanda bahawa seseorang itu sudah terpengaruh dengan
godaan dan hasutannya.
http://www.ekawan.com/index.php?m=blog&BlogId=31582&month=2006-04
0 komentar: Responses to “ hadits... ”