Pandang Langit Hitunglah Bintang
Written by permata on 08.52Bagai baiduri dengan permata..Bolehkah kita membezakannya? Bila kita kehilangan sesuatu yang bernilai..Mampukah kita mendapatkannya semula? Andainya intan dianggap serpihan kaca, bila-bila masa sahaja kita senang mengenepikannya. Bila ia ada di depan mata, kita seakan buat tidak nampak, bahkan tidak langsung menghargainya. Angkuh dengan keegoan diri.
Segalanya boleh lenyap buat selamanya. Ia tidak mustahil.. Janganlah menjadi seperti kunang-kunang yang menyangka dia sajalah yang boleh mengeluarkan cahaya tetapi bila munculnya pelita, ia terus menghilangkan diri. Pelita takkan hidup selamanya, lambat laun ia juga akan padam dan muncul pula bintang. Bintang mula berasa bangga dan megah namun malu datang menerpa apabila munculnya bulan. Akhirnya bulan lenyap tiba-tiba sesudah mendapati bahawa sang mentari lebih unggul daripadanya. Adakah kita juga seperti mereka?
Pernahkah terlintas di fikiran kita bahawa kita telah banyak menyakiti hati insan. Pernahkah kita terfikir yang kita saling memerlukan walau hanya satu detik. Dan sedarkah yang kita sering membuatkan insan lain menitiskan air mata hanya dengan satu perkataan. Ingatlah bahawa hanya dengan satu perkataan seseorang insan boleh berubah air muka, cuba bayangkan perasaan mereka yang selalu disakiti, yang selalu menitiskan air mata. Tanyalah diri, insafkah kita? Pernahkah kita terfikir? Pernahkah kita ucapkan ‘terima kasih’ kepada yang sedia membantu walau saat kita kejatuhan. Pada akhirnya, teman-teman yang selalu berdampingan akan pergi jua meninggalkan kita. Insaflah..
Pandang langit dan hitunglah bintang. Dapatkah kita menghitung banyaknya bintang di dada langit? Sedarlah..kita hanyalah manusia biasa. Semuanya sama...Berbeza di dunia, namun ingatlah DI SANA hanya kain putih membaluti jasad kita.
http://senjahati.blogspot.com/2008_03_01_archive.html
0 komentar: Responses to “ Pandang Langit Hitunglah Bintang ”