Link Worth

Si Jahil Yang Cuai & Si Alim Yang Malas

Written by permata on 06.47

Si Jahil Yang Cuai & Si Alim Yang Malas


Perumpamaan seorang jahil yang cuai dalam menuntut ilmu yang wajib adalah laksana seorang hamba yang dikirimi surat oleh tuannya, yang menyuruhnya melakukan beberapa perkara dan melarangnya dari beberapa perkara. Malangnya sang hamba tidak melihat pun isi surat tersebut, lalu tidak mengetahui apakah kandungannya.


Demikian pula dengan perumpamaan seorang alim yang malas beramal dengan ilmunya adalah laksana seorang hamba yang melihat isi surat tuannya dan memahami apa yang terkandung di dalam surat itu, akan tetapi dia enggan mematuhi segala suruhan yang telah tersurat maupun dalam bentuk perintah yang dia mesti lakukan atau pun larangan yang perlu dia menjauhinya.


Renungkanlah wahai saudara-saudara sekelian – moga-moga Allah S.W.T. merahmati anda dan kita semua; bukankah derhaka yang telah ditunjukkan oleh kedua-dua orang ini terhadap perintah tuannya? Dapatkah mereka membuat alasan yang boleh diterima atau mengemukakan keuzuran kepada tuan mereka? Bukankah mereka ini patut menerima hukuman dan balasan, kerana berani menetang perintah dan tidak memberi perhatian kepada perintah tuannya?


Awas..! Janganlah anda menjadi salah seorang dari kedua mereka. Si jahil yang tidak mahu belajar, sedangkan masih banyak ruang, kesempatan dan jalan untuk melepaskan kewajipannya itu; atau si alim yang tidak mahu beramal dengan dengan ilmu yang telah dikurniakan Allah S.W.T. kepadanya. Keadaan ini hanya menjadikan anda rugi di dunia dan rugi di akhirat dan itulah yang dikatakan kerugian yang sebenarnya nyata.Usaha memperluaskan diri dengan ilmu-ilmu agama yang berguna dan menambah pengetahuan adalah sebaik-baik jalan menuju Allah dan seutama-utama amalan di sisiNya. Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang maksudnya: “Barangsiapa yang menempuh suatu jalan untuk mendapatkan ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju ke syurga“.


Namun harus diingat, menuntut ilmu itu hendaklah dengan dilakukan dengan tulus ikhlas dan semata-mata kerana Allah S.W.T. dan untuk tujuan yang diredhaiNya. Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang menuntut sesuatu ilmu yang dimaksudkan untuk memperolehi keredhaan Allah, lalu dia menggunakan ilmu itu untuk bertengkar dengan para ulama’, atau menyombong diri terhadap orang yang bodoh, atau memalingkan wajah-wajah manusia kepadanya; nescaya dia akan menemui Allah sedang Allah sangat murka kepadanya“.


Sesudah itu hendaklah si alim mengerahkan dirinya untuk beramal dengan ilmu yang dituntutnya serta memanfaatkannya kepada orang lain dengan cara mengajarkannya, atau menjadikannya bahan peringatan dan nasihat. Ingatlah... Ilmu juga adalah salah satu nikmat Allah S.W.T. yang pasti akan ditanya tentangnya di akhirat kelak.


http://clearblogs.com/abuhabeeb/49679/Si+Jahil+Yang+Cuai+%26amp%3B+Si+Alim+Yang+Malas.html

berHIJRAHlah...

Written by permata on 06.36

berHIJRAHlah...


PASTINYA seeorang muslim yang sedar akan merasakan amat bersyukur dengan kedatangan tahun baru. Menunjukkan betapa rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T. kepadanya yang mengurniakan penambahan umur dengan segala macam nikmat kehidupan yang lain.Kesempatan yang masih diberikan lagi ini merupakan peluang bukan sahaja untuk meneruskan kehidupan, malah memastikan adakah kehidupan kita ini telah benar-benar menepati kehendak Allah S.W.T. Maha Pencipta yang kita akan berpulang kepadaNya. Bersifat patuh atau derhakakah kita kepada Allah S.W.T. Maha Pengurnia segala nikmat yang sepatutnya kita bersyukur kepadaNya?


Bukanlah sekadar sambutan 1 Muharram dan meraikan Ma’al Hijrah sahaja; tetapi yang lebih utama marilah kita memenuhi sabda Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah meninggalkan perbuatan dosa dan munkar, maksiat dan derhaka, jahiliyyah dan kesesatan.“Dan ‘Muhajir’ (orang yang berhijrah) itu ialah sesiapa yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah kepadanya”. (Hadith riwayat al-Bukhari & Muslim)


Jangan biarkan diri terus terbiasa dengan dosa akibat dibuai dengan kelalaian dan keseronokan yang memperdaya. Sedangkan perjalanan hidup kita semakin singkat dengan kesempatan yang semakin suntuk. Yang menanti di hujungnya ialah pembalasan Allah S.W.T. yang seorang pun tidak dapat melepaskan diri daripadanya. Bukankah janji seksa dan neraka untuk hamba-hambaNya yang ingkar dan derhaka?Takutilah kemurkaan Allah… Ayuh berhijrah menuju keredhaanNya…!


http://clearblogs.com/abuhabeeb

di mana untuk AKHIRAT...

Written by permata on 06.33

di mana untuk AKHIRAT...


KETIKA memenuhi tuntutan hidup, kita seringkali terlupa betapa dunia yang kita bersusah payah kerananya ini hanyalah kehidupan sementara yang menjadi medan ujian sebelum berpulang ke alam yang kekal abadi di akhirat.Akhirat yang mungkin kita anggap jauh itu sebenarnya sentiasa semakin dekat dengan setiap detik yang kita lalui dan penuhi dalam kehidupan ini. Bukan di sana yang kita akan beramal, beribadah, menunjuk taat dan patuh kepada Allah S.W.T.; tetapi disini, dalam kesempatan hidup yang semakin pendek ini. Kita pasti dibangkitkan semula di sana hanya untuk menerima balasan dari apa yang telah kita usahakan di sini.


Ya, kita memang perlu bekerja dan mencari rezeki untuk memenuhi keperluan hidup bersama tanggungan kita di dunia ini. Memang tidak salah mencari kecukupan dan keselesaan hidup. Tapi bukankah kita juga perlukan pahala, ganjaran amal dan redha Allah S.W.T. untuk kebahagiaan hidup kita di akhirat nanti?


Moga ada ruang yang turut kita peruntukkan juga untuk Allah S.W.T. yang kita wajib memperhambakan diri kepadaNya dan untuk akhirat yang kita pasti akan hidup malah selama-lamanya di sana. Kalau banyak yang dapat kita laburkan dan korbankan untuk dunia yang akan kita tinggalkan ini, mengapa tidak berusaha mencari masa untuk akhirat sedang kita tujui itu?


Peluang masih ada untuk kita kembali kepada Allah, bersolat, berjamaah di masjid dan surau, membaca dan memahami al-Quran, berada dalam majlis-majlis ilmu Islam dan lain-lain amalan yang dituntut oleh agama. Jangan sampai terlewat hingga tiba pada titik yang kita tidak mungkin kembali lagi…


http://clearblogs.com/abuhabeeb

Wahai Pemimpin! Kemewahan Dirimu Bukanlah Kehebatanmu

Written by permata on 06.22

Wahai Pemimpin! Kemewahan Dirimu Bukanlah Kehebatanmu


    Semua pemimpin hendaklah memastikan perdampingan dengan penasihatan yang baik itu benar-benar dihayati dalam kepimpinannya. Inilah jalan selamat setiap kepimpinan. Umara jujur hendaklah selalu bersama para ulama yang ikhlas. Keikhlasan para ulama menyuburkan keadilan pemerintah. Maka haram dan khianatlah ulama jika mereka mengampu sehingga pemimpin terbuai nyenyak dalam kesalahan.


Saya terbaca dialog yang menarik antara khalifah yang sangat adil iaitu Umar bin ‘Abdul Aziz dan penasihatnya yang jujur Rajak bin Haiwah. Kata Rajak bin Haiwah: Ketika ‘Umar bin ‘Abdul Aziz menjadi Gabenor Madinah, beliau pernah berkata kepadaku: “Wahai Rajak! pergi belikan untukku sehelai baju”. Aku pun belikan untuknya sehelai baju yang bagus, harganya lima ratus dirham. Apabila aku membawanya kepada beliau, maka beliau memegangnya dan berkata: “Bagus, cuma ianya murah”.



Selepas beberapa tahun beliau menjadi khalifah. Suatu hari beliau berkata kepadaku: “Belikan untukku sehelai baju”. Maka aku membeli untuknya sehelai baju yang murah lagi amat sederhana, harganya hanya lima dirham. Apabila aku membawanya kepada beliau, maka beliau memegangnya dan berkata: “Bagus, cuma ianya mahal”.Aku kehairanan, bagaimana mungkin baju yang aku beli untuknya di Madinah beberapa tahun lalu dengan harga lima ratus dirham dianggap murah dan baju yang aku beli sekarang dengan harga hanya lima dirham dianggap mahal. Perasaanku tersentuh dengan perkataan beliau dan aku pun menangis. ‘Umar bin Abdul Aziz bertanya: “Apa yang membuatkan engkau menangis wahai Rajak?. Kataku: “Perkataanmu wahai Amirul Mukminin, bagaimana mungkin engkau menganggap baju yang lepas yang berharga lima ratus dirham murah, dan baju sekarang yang berharga limadirham mahal?.Kata ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz: “Wahai Rajak, sesungguhnya aku memiliki jiwa yang sentiasa berkeinginan. Setiap kali aku mencapai sesuatu, jiwaku inginkan sesuatu yang lebih dari itu. Wahai Rajak! Jiwaku inginkan sepupuku Fatimah binti Abdul Malik, lalu aku mengahwininya. Kemudian jiwaku inginkan jawatan gabenor, lalu aku dilantik memegangnya. Kemudian jiwaku inginkan jawatan khalifah, alu aku mencapainya. Sekarang jiwaku inginkan syurga, aku harap aku dapat menjadi penghuninya”. (lihat: Salah al-Khalidi, Al-Khittah al-Barraqah lizi al-Nafs al-Tauwaqah, 93-94, Damsyik: Dar al-Qalam).


Demikianlah jiwa seorang pemimpin yang mencatatkan sejarah keadilan kepimpinannya dengan tinta emas. Dia hanya memerintah selama dua tahun, tetapi dia mengukir namanya dengan penuh keindahan di persada sejarah yang tidak kunjung padam. Hubungan jiwanya dengan habuan kekal yang diharapkan di sisi Allah pada hari akhirat kelak telah menjadikan kepimpinannya penuh dengan keadilan dan rahmah Allah yang mencurah-curah.Sekalipun pakaiannya hanya dari kain murahan, tetapi keadilannya tidak dapat dibeli dengan apa-apa harga pun. Sejarah tidak pernah mengenangkan kemewahan harga baju atau kediaman seorang pemerintah dengan kenangan indah. Bahkan dalam sejarah, sikap suka bermewah-mewah pemerintah menggunakan harta rakyat telah banyak menghasilkan mimpi ngeri dan babak hitam bagi kehidupan rakyat jelata. Namun sejarah indah hanya akan mengingati keadilan dan amanahnya seorang penguasa, sekalipun bajunya buruk.


Lihatlah tampungan yang ada di baju Khalifah ‘Umar bin al-Khattab r.a., namun jiwa rakyatnya tidak pernah berlubang seperti bajunya. Amanah dan keadilan meliputi pemerintahannya. Entah berapa ramai pemimpin yang baju mereka megah dan mewah, namun jiwa dan perasaan rakyat mereka sentiasa terkoyak dan carik. Kesilapan besarlah seorang pemimpin jika merasakan dia dihormati kerana gaya mewahnya yang menjulingkan mata rakyat. Dia lupa pemimpin dihormati kerana jasa, prihatin, amanah dan keadilan pemerintahannya. Bukan kerana kenderaannya yang mewah, atau rumahnya yang megah, atau paip dan curutnya yang panjang, atau isterinya yang berhias permata berlian atau cermin matanya yang pekat hitam sehingga dia buta penderitaan rakyatnya. Tidak! Demi sesungguhnya tidak. Itu semua hanya menimbulkan curiga, prasangka dan kedengkian perasaan yang memburukkan kasih-sayang antara orang bawahan dan atasan.


Saya tidak pernah menyeru agar pemimpin Dunia Islam hidup dalam kemiskinan, atau kelaparan, atau memakai pakaian yang buruk dan tinggal di rumah yang nak roboh, atau berkenderaan yang cabuk. Tidak, bukan demikian. Mungkin gaya yang hebat juga diperlukan untuk politik zaman kini yang terpaksa menghadapi persaingan musuh-musuh yang berbagai. Mereka boleh bermewahan jika itu adalah harta mereka yang halal, bukan rasuah atau salahguna kuasa. Mereka boleh memakai dan memiliki apa yang mereka mahu, jika itu semua datang dari sumber yang Allah redha untuk mereka. Saya pun tahu, ada pemimpin-pemimpin yang sememang berharta hasil dari usahanya sendiri. Bahkan kekayaan sesetengah pemimpin melimpah untuk rakyatnya dengan keikhlasan dan kasih-sayang.Perlis barangkali antara contoh yang baik dalam hal ini. Namun di sesetengah negara dan negeri, ke’ranggi’an pemimpin yang bergaya dengan hartanya menimbulkan kejengkelan dalam jiwa rakyat yang melihat. Sehingga seakan perlambangan seorang pemimpin itu, bukan kerena kewibawaannya, atau adab dan karismanya, atau keadilannya, sebaliknya adalah harta dan kekayaannya yang ditunjuk-tunjukkan kepada orang ramai. Rumah pemimpin dikenali bukan kerana dipenuhi rakyat yang mengadu hal derita mereka, tetapi kerana pagarnya yang besar, dan kemewahan luar dan dalamnya. Kereta pemimpin dikenali bukan kerana kerap sampai ke tempat rakyat, tetapi kerana luar biasa harganya. Isteri pemimpin dikenali bukan kerana adab dan sopannya terhadap rakyat, tetapi kerana gaya ranggi dan hiasan diri yang mahal-mahal. Maka sesetengah pemimpin merasakan dirinya berada pada kasta yang tinggi dan rakyat pula pada kasta bawahan. Maka wakil rakyat ada yang bertukar menjadi ‘tokeh rakyat’. Jika hal ini berlaku, politik kedengkian pun akan subur dan terus merebak lalu umat ini terus bergolak.


Saya terbaca dalam Musannaf Abi Syaibah riwayat yang menceritakan apabila dibawa kepada Saidina ‘Umar harta rampasan Maharaja Kisra Parsi yang begitu banyak dan menakjubkan, maka beliau pun menangis. Lalu ditanya kepadanya: “Apa yang membuatkan engkau menangis wahai Amirul Mukminin, padahal hari ini adalah hari kesyukuran, kegembiraan dan keseronokan”. Jawab ‘Umar: “Tidak ada kaum yang banyak pada mereka benda ini (harta) melainkan Allah campakkan di antara mereka permusuhan dan kebencian” (8/147). Islam bukanlah anti harta, tetapi Islam memusuhi penyalahgunaan harta dan kemewahan yang mengheret kemusnahan. Masyarakat Islam perlu kaya, tetapi kekayaan yang membawa kekuatan kepada umat, bukan hanya untuk keborosan individu. Jika ramai yang kaya tetapi tidak berbakti kepada umat, untuk apa kita berbangga dengan kekayaan mereka?.Jika pemimpin menjadikan harta dan gaya mewah teras kekuatannya, bukan keadilan dan kewibawaannya, maka insan-insan munafik dan pelahap harta pun akan mengelilinginya. Dia dikelilingi kerana habuan yang diharapkan. Dia dipuji kerana harta yang boleh diberi. Dia akan sukar menemui insan jujur yang sudi menegur tanpa minta dibalas dan menasihati kerena ikhlas. Maka kesilapannya tidak dibetulkan, kesalahannya tidak diingatkan. Lalu dia tenggelam dalam pujian dusta dan khianat, kerana setiap yang ada di kelilingnya tidak pernah berfikir tentang nasib pemimpin mereka di akhirat nanti, sebaliknya hanya berfikir tentang untung mereka di dunia. Jika ada tokoh berlebel agama di sekitarnya pun, tidak akan berfungsi jika harta yang dicarinya. Akhirnya, ulama hanya mainan orang politik, bukan orang politik dipandu oleh ulama.


Allah berfirman dalam Surah al-Ahzab ayat 66-68: (maksudnya) Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): “Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. Dan mereka berkata lagi: “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!”. Justeru itu dalam hadis baginda menyebut: “Sesungguhnya ALLAH meredhai kamu tiga perkara, dan memurkai kamu tiga perkara. Dia meredhai kamu jika (pertama) kamu beribadah kepadaNya dan tidak menyekutukanNya sedikitpun, (kedua) kamu berpegang teguh dengantali ALLAH kesemuanya. (ketiga) Kamu menasihati sesiapa yang ALLAH jadikan dia memerintah urusan kamu. Dia memurkai kamu banyak bercakap (yang tiada faedah), menghilangkan harta dan banyak bertanya (maksudnya pertanyaan yang tidak berfaedah) (Riwayat Malik dalam al-Muwatta`).


Hari ini, banyak sukatan dan ukuran telah berubah. Ramai manusia yang tidak memiliki idealisma atau karisma kepimpinan muncul menjadi pemimpin hanya kerana hartanya, atau kem politiknya yang telah berjaya, lalu dia pun dibakulkan sekali. Apabila seseorang naik dalam politik kerana hasil umpan hartanya semata, tentu dia inginkan pulangan modalnya. Maka rasuah dan politik wang akan berluas-luasa. Jika dia naik dalam politik kerana ketajaman idealisma dan karismanya, maka sudah pasti dia ingin membuktikan kemampuan pemikiran yang bernas itu untuk dimanfaatkan masyarakat. Maka rakyat mendapat pulangan faedah yang besar dari pemimpin yang berwibawa dan berkarisma, tetapi akan terpaksa membayar harga yang tinggi terhadap pemimpin yang diangkat kerena umpan hartanya.Maka akhirnya nanti, golongan Ruwaibidah akan menguasai masyarakat. Al-Ruwaibidoh adalah satu istilah yang diguna pakai oleh Nabi s.a.w. untuk menggambarkan satu golongan yang akan muncul menjelang kiamat. Mereka adalah kelompok yang tidak berkualiti tetapi ingin berbicara persoalan besar. Sabda baginda: “Sesungguhnya sebelum kedatangan dajjal-dalam riwayat yang lain: sebelum kiamat- adanya tahun-tahun yang penuh tipu daya. Ketika itu didustakan orang yang benar, dianggap benar orang yang dusta, dianggap khianat orang yang amanah, dianggap amanah orang yang khianat, dan bercakap ketika itu al-Ruwaibidoh. Para sahabat bertanya: “Siapakah al-Ruwaibidoh?” Sabda Nabi s.a.w.: Orang lekeh yang berbicara mengenai urusan awam (orang ramai).” Hadith ini diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Abu Ya’la, al-Bazzar, Ibnu Majah, al-Kharaiti, dan al-Hakim. Al-Hakim menyatakan isnadnya sahih.dan ini disetujui oleh Al-Zahabi.


Maka menjadi tanggungjawab rakyat dan kepimpinan negara memastikan setiap tokoh yang akan dilantik adalah kerana kewibawaannya. Karisma atau kewibawaan itu dirujuk kepada dua persoalan asas; pertama; persoalan pegangannya kepada agama secara menepati al-Quran dan Sunah. Ini kerana kemuliaan umat ini mempunyai kaitan yang tidak boleh dipisah dengan penghayatan seseorang terhadap ajaran Allah dan RasulNya. Kedua; kemampuannya dalam memegang amanah kepimpinan dalam ertikata mampu memimpin umat ke arah kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat. Bukan semestinya lebai atau ustaz, tetapi iltizam dan keupayaan. Bukan kemewahan hartanya, atau lebar serbannya, tetapi kewibawaannya. Firman Allah: (maksudnya) “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.” (Surah an-Nisa’ ayat 58).Amatlah dukacita bagi sebuah masyarakat yang apabila disebut perkataan pemimpin politik lalu terus terbayang dalam pemikiran kebanyakan orang tentang limpahan hartanya dan gaya mewahnya, bukan ketajaman mindanya atau keprihatinannya kepada rakyat. Sebenarnya, kita pun suka pemimpin yang kaya berharta, jika itu semua membolehkannya membantu rakyat khususnya kaum muslimin. Namun hendaklah kekayaan adalah hasil dari titik peluhnya sendiri atau usahanya yang tidak mencemarkan kepentingan harta rakyat. Jika itu dapat dilakukan, dia bukan sahaja memimpin idea yang baik, juga penderma yang membawa kebaikan untuk rakyatnya. Kekayaan pemimpin mesti untuk manfaat rakyat. Maka dengan itu dia dipilih di samping kewibawaannya juga kerana kesudiannya menghulurkan bantuan, bukan membisneskan harta rakyat. Dalam Musannaf Abi Syaibahjuga meriwayatkan surat Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab r.a. kepada gabenornya Abu Musa al-Asy’ari r.a., antara isinya: “Sesungguhnya pemimpin yang paling bahagia ialah mereka yang menyebabkan rakyatnya bahagia, dan pemimpin yang paling celaka ialah yang menyebabkan rakyatnya celaka. Jaga-jaga engkau jangan bermewah-mewahan, nanti pegawai-pegawaimu juga akan bermewah-mewahan”. (8/147)


Maka seorang pemimpin itu mestilah mempunyai penasihat-penasihat yang baik. Mereka menasihatinya dengan jujur, dan hendaklah selalu dia berkata “berikan pendapat yang ikhlas lagi diredhai Allah kepada saya” Sabda Nabi s.a.w.: “Tidak dilantik seorang khalifah melainkan akan ada baginya dua bitanah (penasihat yang rapat). (Pertama) Bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kebaikan serta menggalakkannya. (Kedua) bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kejahatan serta menggalakkannya. Hanya selamat ialah sesiapa yang selamatkan ALLAH. (Riwayat al-Bukhari dan al-Nasai). Semua pemimpin hendaklah memastikan perdampingan dengan penasihatan yang baik itu benar-benar dihayati dalam kepimpinannya. Inilah jalan selamat setiap kepimpinan. Umara jujur hendaklah selalu bersama para ulama yang ikhlas. Keikhlasan para ulama menyuburkan keadilan pemerintah. Maka haram dan khianatlah ulama jika mereka mengampu sehingga pemimpin terbuai nyenyak dalam kesalahan.



http://tamanilmuislam.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=194   

Husnu dzon: sejauh mana hati membenarkan di kalangan jemaah

Written by permata on 02.38

Husnu dzon: sejauh mana hati membenarkan di kalangan jemaah


Kisah ni mungkin berlaku dikalangan orang yang terlibat dengan mana-mana aktivis dakwah ataupun jemaah. Tapi mungkin juga pernah berlaku dikalangan sahabat-sahabat kita yang lain. Persoalan yang timbul disini ialah masing-masing sudah faham akan erti husnu dzon tapi sejauh mana praktikalnya di dalam kehidupan seharian mereka. Istillah tu seakan-akan mencurah air ke daun keladi. Mana taknya. Belajar...tapi tak tau untuk apa. Dan akibatnya tidak meninggalkan sebarang kesan dihati untuk melaksanakannya.


Kenapa perkara ini masih lagi berlaku walaupun masing-masing boleh dikatakan kuat dalam amal fardunya,faham dalam ilmu-ilmu agama , hebat dalam aktivis dakwah mereka dan hal-hal yang sewaktu dengannya. Dimanakah puncanya?orang lain atau diri sendiri. Yakinilah, jika satu jari telunjuk mengarah kearah lain, maka jari yang selebihnya tertunjuk kepada diri sendiri.Jawapannya mudah sangat.."HATI" jawapannya. Dari jawapan ni timbulpulak persoalan yang kedua iaitu dimanakah kedudukan amalan-amalan kita yang "hebat" ni?Diterima atau tidak? jawapnnya..Allahualam ..Ingatlah sahabat, Janganlah kita mengungkit apa yang sudah kita lakukan kepada orang lain, barangkali ianya menyusahkan tapi adulah apa yang kita sudah lakukan kepada Ilahi, barangkali ia akan menjadikan kita lebih


baik apa yang kita sangkakan.
Akhir kalam, "HATI-HATI" dengan "HATI".


"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai" (Al-A'raf:179)


http://islamaddeen.blogspot.com/search?updated-min=2007-01-01T00%3A00%3A00%2B08%3A00&updated-max=2008-01-01T00%3A00%3A00%2B08%3A00&max-results=18

Kata2 hikmah Ibnu Qayyim

Written by permata on 07.58

Kata2 hikmah Ibnu Qayyim


Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tdk akan terurai kecuali


menerima kehendak Allah SWT.


Di dlm hati manusia ada keganasan dan tdk akan hilang kecuali berjinak


dgn Allah SWT.


Di dlm hati manusia ada kesedihan dan tdk akan hilang kecuali seronok


mengenali Allah SWT.


Di dlm hati manusia ada kegelisahan dan tdk akan tenang damai kecuali


berlindung, bertemu dan berjumpa dgnNya.


Di dlm hati manusia ada penyesalan dan tdk akan padam kecuali redha dgn


suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan


sabar sehingga menemuiNya.


Di dlm hati manusia ada hajat dan tdk akan terbendung kecuali kecintaan


kpdNya dan bermohon kpdNya.


Kesenantiasaan berzikir kpdNya adlh keikhlasan sebenar kpdNya..Andai


dunia dan isinya diberikan kpd manusia, masih tdk lagi dpt membendung


hajat hati si hamba itu.


Wallahu ta'ala a'lam


http://sitiyusrinanadihahjamaludin.blogspot.com/2005_08_01_archive.html

Cry me a river...

Written by permata on 07.55

Cry me a river...


Air mata adakalanya penyubur hati, penawar duka. Adakalanya buih


kekecewaan yang menyempit
perasaan, menyesak kehidupan. Air mata seorang manusia hanyalah umpama


air
kotor diperlimpahan. Namun setitis air mata kerana takutkan ALLAH


persis permata indahnya gemerlapan.
Penghuni Syurga ialah mereka yang banyak dukacitanya di dunia.


Tidak berkumpul dua perkara dalam satu masa. Barangsiapa gembira di


dunia akan berdukacita di
akhirat. Barangsiapa yang banyak dukacitanya di dunia akan gembira di


akhirat.
Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat


menangis kerana dunia yang datang.


Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang Abid. Alangkah sedikitnya


hartaku, kesal si
hartawan. Dari mata yang mengintai setiap kemewahan yang mulus penuh


rakus, mengalirlah air mata
kecewa kegagalan. Dari mata yang redup merenung Hari Akhirat yang


dirasakan dekat, mengalirkan air mata insaf
mengharap kemenangan.


Penghuni Syurga itulah orang-orang yang menang (Al- Hasr: 20)
Tangis adalah basahan hidup, justeru: Hidup dimulakan dengan tangis,


dicelahi oleh tangis dan diakhiri dengan tangis.
Manusia sentiasa dalam dua tangisan. Sama ada yang membawa untung atau


merugikan. Sabda Rasulullah s.a.w.
Ada dua titisan yang ALLAH cintai, pertama titisan darah para Syuhada


dan titisan air mata
yang jatuh kerana takutkan ALLAH. Nabi Muhammad bersabda lagi :


Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH cintai
daripada tasbih para wali


Oleh itu berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang akan


mengakibatkan diri menangis lebih lama dan ada tangisan yang
membawa bahagia untuk selama-lamanya. Seorang pendosa yang menangis


kerana dosa adalah lebih baik daripada Abid yang berangan-angan
tentang Syurga mana kelak ia akan bertakhta.


Nabi bersabda :Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih,
lebih
ALLAH sukai dari satu kebaikan yang
menimbulkan
rasa takbur
Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan
kejahilan.
Ketawa seorang ulamak dunia hilang ilmu,
hilang
wibawanya.
Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya.
Nabi Muhammad bersabda :
Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya
kamu
banyak menangis dan sedikit ketawa.
Seorang Hukama pernah bersyair :
Aku hairan dan pelik,melihat orang ketawa
kerana
perkara-perkara yang akan menyusahkan,lebih
banyak daripada perkara yang menyenangkan
Salafussoleh menangis walaupun banyak
beramal,
takut-takut tidak diterima ibadatnya, kita
ketawa
walaupun sedar diri kosong daripada amalan.
Lupakah kita Nabi pernah bersabda :
Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa,akan
dicampakkan ke neraka dalam keadaan
menangis
Kita gembira jika apa yang kita idamkan
tercapai.
Kita menangis kalau yang kita cita-citakan terabai.
Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka.
Namun, Allah SWT telah berfirman :
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal
ia
amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,pada hal


ianya amat buruk
bagimu. ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak
mengetahui
(AL BAQARAH : 216)


Bukankah Nabi pernah bersabda:
Neraka dipagari nikmat, syurga dipagari
bala


Menangislah wahai diri, agar senyumanmu
banyak
di
kemudian hari.
Kerana engkau belum tahu, nasibmu dipuak
kanan
atau dipuak kiri.
Di sana, lembaran sejarahmu dibuka satu
persatu,
menyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya
bergantung kepada syafaat Rasulullah yang
dikasihi Tuhan.


Kenangilah, sungai-sungai yang mengalir itu
banjiran air mata Nabi Adam yang menangis
bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah
bumi
kerana terangkatnya taubat.


Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu
memukul
dirinya dengan berkata :
;Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali
seorang, aku takut akulah orang itu


Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim apabila
ditanya :
Kenapa engkau menangis?
Aku tidak mempunyai anak lagi untuk dihantar
jawabnya.
Menangislah sebagaimana Ghazwan yang tidak
sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan
matanya dari memandang ke langit seumur
hidup,lalu berkata :
Sesungguhnya engkau mencari kesusahan dengan
pandangan itu
Ibnu Masud r.a.berkata :
Seorang yang mengerti al Quran dikenali
waktu
malam ketika orang lain tidur,dan waktu
siangnya
ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya
ketika
orang lain sedang gembira dan tangisnya di
waktu
orang lain tertawa. Diamnya di waktu orang
lain
berbicara, khusuknya di waktu orang lain
berbangga, seharusnya orang yang mengerti al
Quran itu tenang, lunak dan tidak boleh
menjadi
seorang yang keras, kejam, lalai, bersuara
keras
dan marah
Tanyailah orang-orang soleh mengapa dia tidak
berhibur:
Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati
itu
di belakang kami,kubur di hadapan kami,kiamat
itu
janjian kami,neraka itu memburu kami dan
perhentian kami ialah ALLAH
Menangislah di sini,sebelum menangis di
sana!!!.............



http://sitiyusrinanadihahjamaludin.blogspot.com/2005_08_01_archive.html

A nice piece of information...

Written by permata on 07.51

A nice piece of information...


Peristiwa Israk dan Mikraj adalah lambang cinta yang sungguh agung.


Baginda s.a.w. diundang bertemu Allah s.w.t. dengan penuh cinta dan


kasih sayang, setelah Baginda melalui detik-detik ujian yang paling


getir dalam hidupnya. Mikraj bagi umatnya adalah solat. Jika Nabi


Muhammad s.a.w. mikraj ke langit bertemu Allah s.w.t., pasti dalam


solat yang diwajibkan kepada umat Nabi Muhammad itu mengandungi rahsia


yang membawa kepada cinta Allah s.w.t. Rahsia di sebalik peristiwa ini


dan juga solat telah menggamit Black & Brown untuk menggali topik


mengenai solat dan keagungan cinta Allah s.w.t.


Pasti ramai di antara kita yang melakukan ibadat solat, puasa, zakat,


haji, membaca al-Quran dan ibadah yang lain. Namun, berapa ramai antara


kita mendirikan ibadah ini dengan penuh rasa cinta dan rindu kepada


Allah s.w.t.? Solat mengajar kita erti cinta. Lima kali setiap hari


kita dilaungkan untuk menuju cinta Allah yang abadi. Orang yang solat


itu beruntung, kerana sekiranya solatnya yang didirikan dengan penuh


kecintaan, maka ia akan dibalas dengan cinta yang lebih kudus dan


agung. Prinsip ini dinyatakan melalui sebuah Hadis Qudsi, iaitu setiap


kali seorang hamba mengingati Allah, maka Allah akan mengingatinya


dalam majlis dan khalayak yang lebih baik daripada yang ada pada


manusia.


Dalam seumur hidup, seseorang yang menunaikan solat akan berdiri dalam


solatnya itu sebanyak 372,300 kali dan sujud sebanyak 744,600 kali


(dengan anggaran umur selepas baligh 60 tahun). Alangkah indahnya jika


setiap kali berdiri, rukuk dan sujudnya itu dilakukan kerana mencari


cinta Allah? Sebagaimana kesukaan anak menghadap ibu, atau kecintaan


seorang kekasih berhadapan dengan kekasihnya, maka begitulah kita


dengan Allah s.w.t. Kita akan rasa terseksa jika berjauhan. Begitulah,


seseorang yang mencintai Tuhannya akan terseksa apabila berjauhan


daripada mengingati-Nya. Solat itulah penawar rindu bagi kita yang


merindui-Nya. Setiap kali kita berdiri, rukuk dan sujud umpama


langkah-langkah ketika berjalan. Sehari selangkah, lama-kelamaan pasti


akan sampai jua. Allah s.w.t. amat kasih kepada hamba-hamba-Nya,


lebih-lebih lagi hamba yang mencari cinta-Nya. Justeru, adalah wajar


kita menjadikan cinta Allah s.w.t. sebagai matlamat tertinggi yang


ingin kita capai sepanjang hidup kita yang terlalu singkat ini. Firman


Allah s.w.t. bermaksud: Dan majulah kamu menuju Allah, wahai


orang-orang yang beriman, mudah-mudahan kamu akan dirahmati.


Prinsip cinta diajar kepada kita, melalui kisah percintaan suci antara


Adam dengan Hawa yang dirakamkan di dalam al-Quran dengan begitu indah.


Cinta mereka akhirnya dipisahkan setelah satu insiden yang berlaku


akibat bujukan Iblis. Mereka dihantar ke dunia yang rendah. Kedua-dua


kekasih ini dipisahkan dengan jarak ribuan batu, masing-masing


menderita bersendirian, kerinduan. Tahun demi tahun pun berlalu sepi,


tanpa berita. Setelah puluhan tahun, akhirnya cinta agung mereka


bertaut kembali, setelah melalui pengalaman yang menyeksakan dek bahana


perpisahan. Namun, yang lebih menyeksakan ialah perpisahan mereka


dengan Hadrat Allah Azza Wajalla di Syurga dan ditempatkan di sebuah


kehidupan yang serba jauh dan rendah yang bernama dunia. Maka


bermulalah satu episod baru cinta Adam dan Hawa. Susah senang anak Adam


sepanjang zaman, dalam meniti arus kehidupan ini, hanya dengan tujuan


untuk kembali mendapatkan cinta Allah s.w.t. yang abadi yang pernah


dinikmati oleh Adam dan Hawa di Syurga. Secebis kisah cinta dalam


al-Quran ini, adalah suatu pelajaran yang membuktikan bahawa cinta


adalah suatu perkara penting di dalam hidup manusia.


Di dalam bacaan al-Fatihah semasa solat, kita akan bertemu dengan


kalimah ``Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang''.


Rangkap kata Pemurah dan Penyayang itu diulang dua kali, menjadi


pengapit kepada ayat ``Segala puji bagi Allah, Tuhan Pemelihara alam


ini''. Bukankah kalimah cinta di dalam al-Fatihah yang sering


diulang-ulangkan ini sudah cukup membesarkan mata hati kita mengenai


hakikat bahawa Allah itu amat menyayangi diri kita?
Bukti kasih sayang dan cinta Allah ada di mana-mana. Dia menjadikan


haiwan ternakan untuk manusia makan dan tunggangan. Daripadanya juga


dijadikan susu untuk minuman dan pelbagai gunaan. Daratan dihamparkan


untuk kemudahan kita bergerak. Daripadanya tumbuh beraneka pohon,


tumbuh-tumbuhan, sayuran dan bijirin. Daripadanya juga terbit sumber


tenaga dan kewangan kepada kita. Lautan dibentangkan untuk manusia


bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang jauh. Lautan juga


menyumbangkan beraneka makanan laut yang menyegarkan dan perhiasan yang


mahal harganya. Matahari memberi cahaya untuk kita hidup. Ia juga


sumber tenaga dan kesihatan. Bulan menyeimbang sistem pasang surut


lautan dan kestabilan bumi. Pergerakan matahari dan bulan menjadi tanda


untuk kita mengukur masa. Allah s.w.t. menjadikan semuanya ini untuk


manusia. Semua ini dijadikan-Nya untuk kita berbakti, membalas budi dan


kasih sayang-Nya. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Dan jika kamu


menghitung-hitung nikmat Allah pasti kamu gagal menentukan jumlahnya.


Sesungguhnya Allah itu benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.


(An-Nahl 16:18). (Sila baca ayat 3 hingga 17 surah an-Nahl dari


perspektif cinta Allah kepada hamba-Nya dan jangan malu untuk


menitiskan air mata kerinduan kepada-Nya). Justeru, seorang yang


beriman wajar menghormati dan mengasihi apa yang ada di alam ini


sebagai bukti cintanya kepada Dia Yang Maha Pencipta.


Hidup tanpa cinta, umpama empangan yang sedang kekeringan. Manusia yang


kering hatinya daripada basahan cinta Allah adalah manusia yang kering,


kasar, keras, sombong dan kosong hatinya. Kasar dan lunak hati kita


tertakluk sebanyak mana peratus kegersangan dan jumlah cinta yang ada


dalam hati. Kebanyakan manusia hari ini gersang daripada menyintai


Allah. Kemelut dunia yang berlaku di dunia hari ini lahir daripada


manusia yang tiada belas kasihan sesama manusia dan cinta kepada


Tuhannya.


Cinta dan benci umpama cahaya dan gelap yang saling berlawanan. Cinta


itu merubah segala kegelapan, seperti matahari dhuha yang menerangi


bumi pada waktu pagi. Bacalah al-Quran, tetapi kali ini dengan beralas


perasaan cinta, rindu dan kasih sayang. Sujudlah dengan perasaan


mencari cinta yang murni. Senyumlah dengan hati yang pengasih. Pasti


solat, bacaan al-Quran, senyuman dan segala amalan yang dialas cinta


itu membawa perbezaan yang amat besar pada hidup kita. Tidak hairan,


jika hati yang gersang bagai empangan yang tandus kontang itu, kini


dibasahi semula dengan keindahan dan keagungan cinta kepada Allah


s.w.t.


Salah satu sifat orang beriman ialah penyayang dan amat menyintai Allah


s.w.t. Firman Allah bermaksud: Dan orang-orang yang beriman amat


menyintai Allah. Prinsip kasih sayang ini diajar oleh Baginda dalam


beberapa hadis sahih, seperti ``Orang yang pengasih dikasihi oleh


ar-Rahman. Kasihlah apa sahaja yang ada di muka bumi, kamu akan


dikasihi mereka yang di langit.'' Mengasihi Allah dan Rasul menjadi


kriteria bagi kesempurnaan iman seseorang. Rasulullah s.a.w. bersabda


yang bermaksud: Tidak sempurna iman seseorang, sehingga Allah dan Rasul


lebih ia kasihi daripada ibu bapa dan anaknya. Tidak sempurna iman


seseorang sehingga aku ia kasihi melebihi orang lain. Justeru, sifat


seorang Muslim yang benar-benar beriman itu ialah pengasih, pembelas


kasihan, pemaaf dan sangat cintakan Allah dan Rasul.
Cinta itu adalah kuasa yang mampu menarik manusia ke arah kebenaran.


Aspek keindahan cinta yang ada dalam Islam sudah cukup untuk menarik


jutaan manusia agar kembali menikmati keindahan cinta Allah s.w.t. yang


agung itu. Islam tidak memerlukan keganasan, kerana keganasan membawa


petaka dan menjauhkan manusia daripada Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t.


bermaksud: Hanya dengan rahmat Allah kamu akan bersikap lunak terhadap


mereka. Jika kamu bengis dan keras hati, pasti mereka akan melarikan


diri daripadamu. Maka hendaklah memaafkan mereka dan bermusyawarahlah


dengan mereka mudah-mudahan kamu akan dirahmati.


Di sebalik cinta yang kita dambakan kepada manusia sebenarnya ada


rahsia cinta Allah. Kita menyayangi ma-nusia kerana ia adalah kekasih,


pasangan suami atau isteri, anak-anak, ibu bapa, saudara mara atau


sahabat. Siapakah yang mencetuskan perasaan kasih dan cinta ini?


Perasaan kasih dan cinta itu sebenarnya datang daripada Allah s.w.t.


Perasaan belas kasihan kita terhadap anak yatim, ibu tunggal, orang tua


yang sakit, orang fakir miskin, orang dalam kesusahan dan kemalangan


tidak lain adalah terbit daripada percikan sifat kasih sayang Allah


s.w.t. kepada makhluk-Nya. Maka, sekiranya kita ingin meraih pandangan


rahmat-Nya, maka kita hendaklah membantu orang-orang yang lemah dan


teraniaya, kerana di situ tersisip rahsia kasih sayang Allah s.w.t.


kepada kita. Justeru, cinta Allah s.w.t. itulah yang paling layak untuk


kita kejar, kerana ia adalah sumber segala kecintaan dan kasih sayang


sebagaimana yang disebutkan oleh al-Ghazali dalam `Kimia as-Saadah'nya.


Kisah kasih sayang Barqa' amat baik untuk diperhatikan. Ia meleburkan


wang haji semata-mata untuk menampung perbelanjaan anak yatim yang


kelaparan selama tiga hari. Dengan keikhlasannya, ratusan ribu haji


umat Islam pada masa itu diterima oleh Allah s.w.t., sebagaimana yang


diceritakan kepada kita oleh Rasulullah s.a.w. Banyak lagi kisah cinta


dan kasih sayang yang agung seperti ini. Mungkin suatu hari kita


termasuk di kalangan mereka yang mempraktikkan cinta agung dan meraih


cinta Allah s.w.t. itu. Firman Allah s.w.t. bermaksud: Sekiranya kamu


membelanjakan harta seluas bumi, kamu tidak akan dapat melunakkan hati


mereka, tetapi Allah sahajalah yang melembutkan antara hati-hati


mereka.


Perkataan cinta hari ini menjadi kotor kerana kita menggunakannya


dengan cara salah. Cinta sudah dimurahkan dan dipermudah melalui budaya


luar yang melanda masyarakat kita yang terbit daripada bisikan hawa


nafsu. Cinta yang asalnya murni, kini kerap kali dikait dengan cara


mendapatkan kepuasan jasad. Jangan kecundangkan cinta murni suci dengan


hawa nafsu. Ramai anak muda hari ini memperalatkan nafsu atas nama


cinta. Tujuannya hanya untuk mengambil kesempatan. Habis madu, sepah


dibuang. Mangsanya ialah anak-anak gadis yang jujur dalam mencari


`cinta sejati'. Berhati-hatilah, kerana takrif cinta bagi lelaki ada


kalanya bersalut nafsu, sementara takrif cinta wanita bagi wanita pula


ialah keinginan untuk dicintai dan mendapatkan perlindungan. Pasti


kedua-dua takrif ini selamanya akan disalah ertikan. Justeru, tidak


hairan hari ini ramai menjadi mangsa cinta plastik. Akibatnya, ialah


penyesalan yang terpaksa ditanggung oleh diri sendiri, ibu bapa dan


keluarga selama-lamanya.
Cinta yang dibina berasaskan panduan syariat boleh memelihara kemuliaan


diri wanita dan menyelamatkan lelaki daripada menjelma menjadi haiwan


pemangsa yang rakus. Cinta yang dibina atas kecantikan, akan hilang


apabila kecantikan itu luntur. Cinta yang dibina atas asas ketampanan


dan kekayaan akan melayang apabila ketampanan dan kekayaan itu lebur.


Cinta yang berkekalan ialah yang dibina di atas asas-asas yang kekal.


Yang kekal itu maknawi, bukan fizikal. Cinta yang berkekalan dibina di


atas nilai agama dan akhlak yang mulia. Ciri-ciri agama dan akhlak


perlu dijadikan keutamaan. Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud, Pilihlah


yang mempunyai akhlak dan agama, kamu akan berbahagia. Lihatlah pada


mereka yang sudah berumah tangga berpuluh tahun, bagaimana mereka


saling mencintai antara satu dengan lain. Cinta yang murni itu indah.


Ia membawa kepada cinta Allah yang hakiki. Cinta Allah itu adalah


kemuncak segala keindahan rasa yang pernah dikecapi oleh manusia.


Alangkah indahnya jika umat ini balik ke pangkal jalan, setelah sesat


dalam cinta palsu yang tiada kesudahan.
Rata-rata manusia telah melupakan aspek cinta dalam hubungannya dengan


Allah s.w.t. termasuk bagi mereka yang menunaikan solat. Hablum


Minannas dan Hablum Minallah adalah konsep yang berakar umbi daripada


perkara cinta. Perhubungan apakah yang paling rapat sesama manusia,


jika tidak melalui perhubungan cinta? Daripada cinta lahirnya kasih


sayang. Kasih sayang itu adalah hasil dalam menterjemahkan perasaan


cinta. Kerana cinta Allah, maka Dia sayang dan sentiasa memberi kita


rezeki walaupun tanpa diminta. Belas kasihan itu datangnya daripada


perasaan cinta. Kenikmatan cinta tidak boleh dibeli dengan wang


ringgit.
Kita mudah sangat jatuh cinta pada dunia yang bergemerlapan ini. Kita


tidak dilarang untuk menimba dan menikmati kebaikan dari dunia ini. Ia


adalah suatu tanggungjawab kita di bumi Allah ini. Yang salah ialah


apabila kita terlalu cinta pada dunia sehingga melupakan sumber


kebahagiaan yang hakiki itu. Tanggungjawab kita adalah untuk


menghidupkan agama-Nya supaya kehidupan kita itu makmur.


Memang tidak dinafikan, kadang-kadang ada kesulitan dalam memahami


cinta Allah sebab ia tinggi. Pasti seseorang pernah rindukan Mekah,


merindui Rasulullah, merindui ibu bapa, guru, ulama yang soleh dan


lain-lain yang seumpama itu bukan? Maka, kategori cinta yang seperti


inilah yang menjadi anak tangga pertama menuju cinta Allah. Tidak akan


ada cinta Kaabah, melainkan sebenarnya kita menyintai Pemilik Kaabah.


Tidak kita cintakan Rasulullah, melainkan sebenarnya kita cintakan


Allah s.w.t. Begitulah analogi seterusnya dalam memahami cara menuju


cinta Allah s.w.t. Justeru, jalan menuju peningkatan cinta antara yang


terpenting ialah melalui solat hamba kepada Penciptanya.


Kerana kita cinta maka kita harus membina tamadun yang berjaya. Dan


tamadun ini mestilah berasaskan aja-ran Islam yang diajarkan kepada


kita oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. Tidak ada larangan untuk


kita berjaya dan tidak ada sekatan untuk kita nikmati kejayaan kita


itu. Hanya kita dilarang berhenti mencintai Yang Maha Esa, demi


kebaikan kita juga. Justeru, ada baiknya kita memulakan langkah untuk


mencari cinta Allah ini melalui solat. Semoga kita berjaya meraih cinta


Allah s.w.t. suatu hari nanti, sebagaimana inti sari yang terkandung di


dalam doa Rasulullah s.a.w.: Ya Allah, kurniakalah perasaan cinta


kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, dan apa sahaja


yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih


aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan. Wallahu A'lam.


- Artikel di atas adalah hak intelektual Black & Brown Resources Sdn.


Bhd. Ia sebuah syarikat bumiputera yang berpengalaman dalam seni Islam,


penerbitan dan pengiklanan selama 16 tahun dan pembinaan manuskrip


al-Quran beriluminasi penuh selama 11 tahun. Untuk makluman lanjut sila


layari laman web berikut.
http://www.blackbrown.com.my


http://sitiyusrinanadihahjamaludin.blogspot.com/2005_09_01_archive.html

Muhasabah diri utk peringatan bersama...

Written by permata on 07.47

Muhasabah diri utk peringatan bersama...


Kita adalah kejadian yg sempurna tetapi apa yg kita lakukan selalunya


tidak sempurna.


Pandangan mata selalu menipu,
Pandangan akal selalu tersalah,
Pandangan nafsu selalu melulu,
Dan pandangan hatilah yg hakiki,
kalau hati itu bersih..


Lahir satu tarikh tidak dapat dipinta,Mati satu tarikh tidak dapat


ditunda...


Bila mata bertemu mata akan mula rasa kasih.
Bila hati bertemu hati akan mula rasa sayang.
Tapi....bila dahi bertemu sejadah akan terasa kebesaran Allah S.W.T


Menuntut ilmu adalah taqwa,
Menyampaikan ilmu adalah ibadah,
Mengulang2 ilmu adalah zikir,
Mencari ilmu adalah jihad,(Al-Ghazali)


"Setiap kesulitan itu akan bertambah apabila dihitung-hitung tetapi


akan hilang apabila kita tidak menghiraukannya lagi..."-Imam Malik-


Kalau kita berada di alam tabii yg indah, kita tdk terasa keindahannya,


bukan ertinya alam ini tdk indah, tp jiwa kitalah yg tdk


indah..Sesungguhnya mati jasad kerana roh,Mati roh kerana tiada


ilmu,Mati ilmu kerana tiada amalDan mati amal kerana tiada


istiqomah.Kesedihan itu lumrah. Mengingatinya kembali mungkin tidak


akan mampu menyembunyikan luka hidup tetap menilainya semula dengan


mata hati berbeza mungkin mampu membuat diri meneruskan hidup dengan


tabah.


Ilmu adalah teras kepada ajaran ISLAM, tanpa ilmu manusia akan


terseleweng mengikut kehendak akal dan hawa nafsu sehingga akhirnya


agama dijadikan mainan.Agama menjadi sendi.Pengaruh menjadi


penjaganya.Kalau tidak bersendi runtuhlah hidupDan kalau tidak


berpenjaganya,binasalah hayat.Krn org yang terhormat


itu,..Kehormatannya itulah yang melarangnya berbuat jahat.


Inginkan mutiara selamilah lautan,
Inginkan bahagia tempuhilah penderitaan,
Inginkan kejayaan relailah pengorbanan..
Ketahuilah bahawa setiap kepahitan itu sebenarnya terkandung seribu


kemanisan........


"People will forget what you said, people will forget what you did, but


people will never forget how you made them feel...


"Live needs sacrifice,
Sacrifice needs fight,
Fight needs courage,
Courage needs confidence,
Confidence determine success,
Success lead us to happiness...


Hidup memerlukan pengorbanan,
Pengorbanan memerlukan perjuangan,
Perjuangan memerlukan kekuatan,
Kekuatan memerlukan keyakinan,
Keyakinan menentukan kejayaan,
Kejayaan membawa kebahagiaan...


Hidup tanpa cita-cita adalah mati
Cita-cita tanpa usaha adalah mimpi
Ilmu penyuluh hati yg bersih,
Pengorbanan memerlukan usaha yg gigih,
Natijahnya kejayaan bakal diraih,
Kutuman senyuman akan tersurih,
Berkat doa kepada yang Maha Pengasih...


Diam merupakan sebuah keputusan hukum
Sebaik baik perkataan adalah yang sedikit
Namun dapat menjadi petunjuk


Keselamatan seseorang terletak pada penjagaan lisannya
Siapa yang manis lisannya pasti akan ramai kawannya
Yang lahir dari hati adalah keikhlasan
Yang datang dari akal adalah kewarasan
Bersatulah hati dan akal
Melawan nafsu yang bakal memusnahkan


Harta yang paling indah adalah sabar
Teman yang paling akrab adalah amal
Pengawal yang paling waspada adalah diam
Bahasa yang paling manis adalah senyum
Dan ibadah yang paling indah adalah kyusuk


Malu daripada lelaki adalah baik
Tetapi daripada perempuan lebih baik
Adil bagi setiap orang adalah baik
Tetapi daripada pemerintah lebih baik
Taubat daripada orang tua adalah baik
Tetapi daripada pemuda lebih baik
Dermawan daripada orang kaya adalah baik
Tetapi daripada orang miskin lagi baik


"Tunjangkan resah mu di dada solat,
Himpunkan peritmu digenggaman doa,
Tutupi kekecewaan dgn taqwa,
Dan nilailah kesucian dirimu melalui keikhlasan hati".


Hidupkan Rasa Bertuhan... Suburkan Rasa Kehambaan... Bersyukur dgn apa


yg ada, jujur dgn apa yg dirasa



http://sitiyusrinanadihahjamaludin.blogspot.com/2005_09_01_archive.html

Cukuplah kemuliaan anda dgn menjadi seorang Muslimah...

Written by permata on 07.46

Cukuplah kemuliaan anda dgn menjadi seorang Muslimah...


Apakah engkau berputus asa
krn tdk pernah menemukan jln keluar,
Jika mmg demikian,
maka di manakah Allah n takdirNya?


Segala sesuatu yg menimpa anda saat berjuang di jln Allah, merupakan


penebusan dosa(kifarah dosa) atas izinNya. Bergembiralah dgn khabar yg


terdpt dlm hadis ini. Rasulullah SAW bersabda:
"Bila seorang wanita taat kpd Tuhannya, mendirikan solat 5 waktunya,


menjaga kehormatannya, dia pasti masuk ke syurgaNya."(Hadis Riwayat


Ahmad)


Allah tlh mempermudah semua urusan ini atas hamba2Nya yg mendpt


petunjuk. Maka dari itu, tunaikanlah perbuatan mulia itu utk menemui


Tuhan Yang Maha Penyayang(Kekasih Hati), pasti Dia akan membahagiakanmu


di dunia n akhirat kelak. Genggamlah syariatNya seerat mungkin.


Ikutilah petunjuk kitabNya n sunnah RasulNya, dgn demikian anda akan


menjadi seorg Muslimah Sejati.


Semua perkara ini merupakan kemuliaan yg agung n kebanggaan yg besar bg


anda. Krn selain anda, ada wanita yg terlahir di negeri2 kafir, i.e.


negeri Nasrani, Yahudi, komunis ataupun agama n ideologi lain yg


bertentangan dgn Islam. Sdgkan anda dipilih oleh Allah utk menjadi


muslimah sejati, dan Dia akan memasukkan anda ke dlm golongan umat


Muhammad SAW. Anda juga termasuk org2 yg mengikuti jejak Aisyah,


Khadijah n Fatimah-semoga Allah meredhai mrk semua.


Kami sampaikan ucapan slmt atas prestasi anda dlm mendirikan solat


5waktu, Baitullah, dan menutup aurat dgn hijab syariat. Dan


berbahagialah krn anda meredhai Allah sbg Tuhan, Islam sbg agama, n


Muhammad SAW sbg rasul...


Emasmu adlh agamamu,
perhiasanmu adlh akhlakmu,
dan harta bendamu adlh adabmu..


Wallahu ta'ala a'lam..



http://sitiyusrinanadihahjamaludin.blogspot.com/2005_09_01_archive.html

Tingkatan cinta..di manakah kedudukan kita??

Written by permata on 07.44

 


Maratibul Mahabbah(Tingkatan Cinta)


Bercakap mengenai cinta, sudah pasti setiap org pernah merasai perasaan


sedemikian..Namun apakah hakikat cinta yg sbnrnya? Cinta apakah yg plg


tinggi nilaiannya? Pada siapakah cinta suci itu harus didambakan??


Pelbagai persoalan melanda diri ini..n mungkin juga shbt2 di luar


sana..Justeru, diri ini terpanggil utk berkongsi sedikit ilmu yg


diperoleh..dgn harapan dpt mengambil iktibar n teladan


drpnya...inshaAllah biiznillah...


Umumnya, cinta bermula dgn hubungan hati yg kemudiannya muncul rasa


simpati. Setelah itu berkembang menjadi curahan hati n rasa rindu yg


akhirnya melahirkan kemesraan n bahkan cinta menghamba...Tiap2 urutan


ni mempunyai tingkatan atau level tertentu...


    * Al-'Alaqah(kecenderungan): cinta ini berada di thp yg plg rendah


n plg bawah drp kesemua tingkatan2 cinta..cinta ni lebih kpd materials


yg dimiliki oleh seseorg..cthnya seseorg itu amat mencintai n


menyayangi basikalnya hingga selalu membersihkannya pd hujung


minggu..ia dicintai krn blh memberikan manfaat kpd tuannya..Sama juga


jika kita ambil teladan drp kalangan sahabat Rasululllah..mrk amat


menyayangi kuda n senjata pedang mrk yg blh digunakan utk berperang di


medan jihad..Pokok pangkalnya, cinta bentuk ini dibolehkan namun tdk


boleh ditujukan kpd Allah, Rasul n Islam. Cinta kpd Islam memerlukan


perjuangan n pengorbanan...


    * Al-'Atfu(simpati): cinta ni ditujukan kpd semua org..regardless


mrk itu muslim ataupun kuffar..ianya hadir atas dasar simpati, sptmana


simpatinya Rasul pd Saidina Abu Bakar a.s dan Hamzah, lalu diserunya


mrk kpd agama Islam yg benar..Hubungan simpati ini lbh berdasarkan kpd


nilai2 kemanusiaan yg dimiliki oleh manusia...


    * As-Sobabah(empati): cinta thp keempat ni diarahkan kpd kaum


muslim yg dihubungkan atas nama persaudaraan Islam.Ianya lbh tinggi drp


kedua-dua jenis cinta yg disebutkan sblm ini.. Dgn adanya empati ni,


diharapkan akan muncullah kefahaman di klgn sesama muslim yg akhirnya


menguntumkan ukhuwwah Islamiyyah fillah..


    * As-Syauq(rindu): rentetan drp empati, akhirnya akan membuahkan


kerinduan pd sesama muslim apbl dipisahkan oleh sesuatu utk suatu


jangka masa yg lama..sesungguhnya kerinduan di hati stlh lahirnya rasa


ukhuwwah yg mantap di dlm diri amat sukar utk dibendung..Perihal ini


terjadi di klgn para shbt2 di zaman Rasul yg akan terasa teramat rindu


jika sudah lama tdk bertemu krn tugas perang..MashaAllah..utuhnya


ukhuwwah di antara mrk..subhanallah..alangkah indahnya jika diri ni


mampu mencapai thp cinta ini..


    * Al-'Isq(mesra): lepas sudah rindu, pasti wujudnya kemesraan


antara satu sama lain..Namun begitu, kemesraan ini dirujuk kpd Rasul n


Islam..bukan materialistik semata2..Mesra ni ditakrifkan sbg kesediaan


individu utk berkorban n berjuang demi menegakkan Islam..(berjuang


berkorban demi cinta, suka dan duka suratannya, mencari makna jln


bahagia...). Muslim yg benar2 mencintai Islam n Rasul akan mengikut sgl


perintah Allah n RasulNya..


    * At-Tatayum(menghamba): Inilah tingkat cinta yg plg tinggi n plg


utama, iaitu dgn menghambakan diri pd Allah SWT. Konsep penghambaan ini


bukanlah 'seasonal' tp "continuous" dgn merealisasikan "sami'na wa


ata'na" kpd Rabbul 'Izzati..Sesungguhnya, level ni adlh menjadi impian


setiap muslim yg dgn ikhlas hati ingin mencari redha dan cinta


Allah..mashaAllah...


Alhamdulillah, tingkat2 cinta dh diketahui..apa tindakan kita


sekarang?? Kalau di'reflect' diri ini..mungkin ada cinta yg tdk


diberikan atau diletakkan pd tpt yg sebetulnya..berhati2lah wahai shbt2


ku dlm perihal cinta ini..krn natijahnya amat memberi kesan yg mendalam


dlm kehidupan..kukongsi ilmu ini sbg memperingtkan diri sendiri yg


masih lemah n leka dlm keenakan hidup di dunia dan utk tatapan


bersama...ketahuilah dan sedarilah, cinta Allah lah yg patut


dikejar..bukannya cinta manusia..


Kuteringt satu rangkap dr sebuah lagu.."cintakan bunga layu hancur n


musnah..cintakan Tuhan kekal buat selamanya.."Subhanallah..hebat n


agungnya cinta Illahi(mahabbatullah)..inshaAllah ganjarannya di sisi


Allah amatlah besar...tak terjangkau oleh akal fikiran kita sbg


manusia..


Akhir kalam, renungkanlah firman Allah dlm 'surat cintaNya' kpd


'abidNya,,


"The believers are only those who, when Allah is mentioned, their


hearts become fearful, and when His verses are recited to them, it


increases them in faith; and upon their Lord they rely."


(QS 8:2)


Wallahu ta'ala a'lam..


http://sitiyusrinanadihahjamaludin.blogspot.com/2005_09_01_archive.html

Bila anda menghadapi kesulitan, memohonlah kpd Allah...

Written by permata on 07.41

Bila anda menghadapi kesulitan, memohonlah kpd Allah...


Bila urusan menghimpit anda
Maka berfikirlah ttg penderitaan yg tlh lalu,
pasti dada akan terasa lapang....


Ibnu Al-Jauzi berkata," Suatu urusan yg menghimpitku membuatku galau n


gelisah berlarut2. Aku terus berfikir mencari solusi dr kegalauan itu


dgn sgl cara n berbagai usaha. Tp aku tdk menemukan satu solusi pun utk


keluar drnya, hingga ada sebuah ayat yg menawarkan kpdku, ayat itu


adlh:
"Barangsiapa yg bertakwa kpd Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya


jln keluar."
[QS 65:2]


" Kemudian, aku pn menyedari bhw satu2nya jln utk keluar dr sgl


kegalauan adlh dgn meraih jln ketakwaan. Namun, tdk berapa lama ketika


aku hendak mewujudkan ketakwaan itu, aku pun menemukan jln keluar..."


Wahai shbt2ku yg dikasihi sekelian..apakah msg yg ana cuba nak


sampaikan kali ni kpd antum semua??sbnrnya the main point is...Kejarlah


Allah bila diri terasa tertekan..stressful...depressed...etc..sbb Allah


adlh satu2nya tpt sandaran kita semua...Ketakwaan menurut org2 yg


berakal merupakan pembuka bg setiap kebaikan. Tdk akan pernah menimpa


suatu hukuman melainkan disebabkan oleh suatu dosa, n tdk akan dihalau


hukuman itu melainkan oleh Taubat. Jadi, mslh kepenatan, kesedihan, n


kegalauan terjadi sbg balasan atas perbuatan2 yg kita lakukan, spt


ketika kita mensia-siakan solat, menyinggung mukminah lain, meremehkan


urusan hijab n aurat, atau melakukan perbuatan yg haram...


Sesungguhnya org2 yg menentang jln Allah mesti mmbyr harga


penentangannya itu, atau menebus kekurangannya dgn melakukan ketaatan.


Yg menciptakan kebahagiaan itu adlh Allah Yg Maha Pengasih n Maha


Penyayang. Mengapakah kita perlu memohon kebahagiaan dr selain


Allah??Seandainya setiap org memiliki ketaatan, maka di bumi ini tdk


akan tersisa lg org2 yg sedih n sengsara...


"Sesungguhnya tdk menimpa pd seseorg insan kesakitan, keletihan,


kesedihan, kerisauan n tersinggung melainkan Allah jadikan itu semua


sebab utk diampunkan dosanya."
[Hadis Muttafaqun Alaih]


"Mukmin itu jiwanya damai, tdk mudah tergoncang. Ujian hidup baginya


fitrah, sbg mehnah, didikan terus drp Allah sbg tanda kasih syg n


penghapus dosa..."


Akhir kalam..."jgnlah melihat kpd org yg berkata2 tp sebaliknya


lihatlah kpd apa yg diperkatakannya"...Wallahu ta'ala a'lam..



http://sitiyusrinanadihahjamaludin.blogspot.com/2005_10_01_archive.html

Seindah hiasan adlh Wanita Solehah…

Written by permata on 07.38

 


Di kala zaman Jahiliyyah dulu, wanita pernah diletakkan di suatu tahap


yg amat rendah..dihina hingga sanggup dibunuh hidup2 oleh para bapa mrk


tanpa sdkt pun rasa belas kasihan…astaghfirullahal’azim..betapa mrk


memandang jelik thdp insan bergelar wanita…


Namun begitu, alhamdulillah dgn Rahmat Allah, Islam hadir di kota Mekah


membawa kemuliaan kpd kaum Hawa ini..subhanallah, tanpa Islam..mana


mungkin taraf wanita akan menjadi agung spt hari ini..setinggi2


kesyukuran sewajarnya dirafa’kan ke hadrat Ilahi atas kurniaan nikmat


yg tdk terhingga ini…


Wanita dan lelaki pd hakikatnya diciptakan oleh Allah sama dr segi


kemanusiaannya, i.e. kedua2nya mempunyai hak n kewajipan yg sama dlm


melaksanakan tugas2 agama…salah satu ayat yg plg popular dlm Kalam


Allah sudah cukup menerangkan dgn jelas kpd kita semua ttg tujuan


penciptaan manusia, baik lelaki mahupun wanita...


“Dan tdk Aku jadikan jin dan manusia melainkan utk beribadah kpdKu..”


[QS51:56]


Ana teringat satu rangkap lagu ttg wanita…ia sememangnya mengangkat


darjat wanita..


“Wanita hiasan dunia, seindah hiasan adlh wanita solehah..yg akan


membahagiakan syurga di dlm rumahtangga..”


By the way, apkh standard marker utk menjadikan seseorg itu layak


digelar seorang wanita solehah?? InshaAllah di ksmptan ini, ana ingin


berkongsi sdkt ilmu yg ana perolehi buat tatapan antum semua..semoga


mendpt manfaat drnya..


How do I present myself?


“Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan jgnlah kamu berhias dan


bertingkah laku spt org2 Jahiliyyah yg dahulu dan dirikanlah solat,


tunaikanlah zakat dan taatilah Allah n RasulNya. Sesungguhnya Allah


bermaksud hendak menghilangkan dosa dr kamu, hai ahlul bait dan


membersihkan kamu sebersih2nya.”
[QS33:33]


 Ayat ni sbnrnya refer kpd isteri2 Rasulullah SAW agar tetap di dlm


rumah kecuali ada keperluan utk keluar. Walaupun ianya khusus utk para


isteri Rasulullah, ana fikir ianya applicable utk muslimat2 yg lain…


 Jahiliyyah yg disebutkan dlm ayat ni ialah ‘tabarruj Jahiliyyah’.


Tetapi, ada lg bbrp jenis jahiliyyah yg disebut dlm Al-Quran..antaranya


ialah:
 Dzonnal Jahiliyyah: sangkaan Jahiliyyah [QS3:154]
 Hukmal Jahiliyyah: hukum Jahiliyyah [QS5:50]
 Hamiyyatal Jahiliyyah: kesombongan Jahiliyyah [QS48:26]
 So, utk jadi seorang wanita solehah, kita haruslah memurnikan jiwa n


meninggalkan semua jenis Jahiliyyah yg ada…tp ana mmg akui..it’s easier


said than done..sbb ianya perlukan mujahadah n latihan yg


berterusan…but then, it’s not impossible, right?? Think about it!!


(Reflection utk diri ana juga)..


“..Dan hendaklah mrk menutupkan kain kudung ke dadanya, n jgnlah


menampakkan perhiasannya, kecuali kpd suami mrk, atau ayah mrk, atau


ayah suami mrk, atau putera2 mrk, atau putera2 suami mrk, atau saudara2


mrk, atau putera2 saudara perempuan mrk, atau wanita2 Islam, atau


budak2 yg mrk miliki, atau pelayan2 lelaki yg tdk mempunyai keinginan


[thdp wanita] atau anak2 yg blm mengerti ttg aurat wanita…”
[QS24:31]


“…Hendaklah mrk mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mrk. Yg demikian


itu supaya mrk lbh mudah utk dikenal, krn itu mrk tdk diganggu…”
[QS33:59]


 Utk panduan menutup aurat bg wanita, shbt2 sekelian blh view kt link


blog shbt ana, named Akhi Amar…dlm blog akh tersebut, ada dimuatkan


gambar ttg cara2 menutup aurat yg mengikut syariat bg wanita


muslimah…inshaAllah, I hope it helps!!


The way I communicate?


“Hai isteri2 Nabi, kamu sekelian tdklah spt wanita yg lain, jika kamu


bertakwa. Maka jgnlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga


berkeinginanlah org yg ada penyakit dlm hatinya, dan ucapkanlah


perkataan yg baik.”
[QS33:32]


 ‘Tunduk’ di sini bermaksud berbicara dgn sikap yg menimbulkan


keberanian org yg bertindak tdk baik thdp mrk.


“Allah tdk menyukai ucapan buruk, [yg diucapkan] dgn terus-terang


kecuali oleh org yg dianiaya. Allah adlh Maha Mendengar lg Maha


Mengetahui.”
[QS4:148]



Ucapan buruk sbg mencela org, memaki, menceritakan keaiban org lain,


menyinggung perasaan seseorg dll.
 Exception bg org2 yg teraniaya utk mengemukakan kpd hakim/penguasa


ttg keburukan2 org yg menganiayanya..dlm hal ni, ianya dibolehkan..



Alhamdulillah, those are some parameters utk jd seorang wanita


solehah..inshaAllah kpd sahabiah2 ana di luar sana and utk diri ana


juga..let’s work together to achieve that level..verily, it requires us


to really omit all those bad attitudes in our inner side..even it is


hard to be done, but it seems to be feasible and


achievable..inshaAllah, say NO to Jahiliyyah…sahutlah tuntutan iman


ini..sesungguhnya Jahiliyyah yg berleluasa kini akan menerima nasib yg


sama dgn Jahiliyyah 14 kurun yg lalu…ameen..


“O you who have believed, enter into Islam completely[and perfectly]


and do not follow the footsteps of Satan. Indeed, he is to you a clear


enemy.”
[QS2:208]


Wallahu ta’ala a’laam bissowab…mudah2an shbt2 sekelian akan dpt


menzahirkannya dlm amalan seharian…for your own benefit, definitely..


http://sitiyusrinanadihahjamaludin.blogspot.com/2005_11_01_archive.html

Tika dan Ketika

Written by permata on 07.35

 


Jika kau merasa lelah n tdk berdaya dr usaha yg spt sia2...Allah tahu


betapa keras engkau sudah berusaha. Ketika kau sudah menangis sekian


lama dan hatimu masih terasa pedih.. Allah sudah menghitung air


matamu..


Jika engkau fikir bhw hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa


berlalu begitu saja...Allah sedang menunggu bersama2mu..


Ketika kau merasa sendirian n teman2mu terlalu sibuk utk menelefon


dirimu..Allah sentiasa berada di sampingmu.


Ketika kau fikir bhw kau sudah berusaha sesungguhnya n tdk tahu hendak


berbuat apa lagi..Allah mempunyai jwpnnya.


Ketika segalanya menjadi sesuatu yg tdk masuk akal n kau merasa


tertekan..Allah bersamamu utk menenangkanmu.


Jika tiba2 kau dpt melihat jejak2 harapan..sebenarnya Allah sdg


berbisik kpdmu.


Ketika sgl sesuatu berjln lancar dan kau merasa ingin mengucap


syukur..Allah telah pun memberkatimu.


Ketika sesuatu yg indah terjadi n kau dipenuhi ketakjuban..Allah akan


tersenyum kpdmu.


Ketika kau memiliki tujuan utk dipenuhi n mimpi utk digenapi..Allah


sudah membuka matamu dan memanggilmu dgn namamu..


Oleh itu ingatlah bhw di manapun kau atau ke manapun kau berada..Allah


akan mengetahui n senantiasa berada di sampingmu..


http://sitiyusrinanadihahjamaludin.blogspot.com/2005_12_01_archive.html

Huluran cintaMu

Written by permata on 07.33

Huluran cintaMu


Sejenak kuterkenangkan dikau
Bersemayam di kejauhan lara
Memerhati tindak-tanduk manusia
Bersama2 di sisi hamba
Antara kejauhan langit n bumi…
Bisa bertemu tatkala gerhana
Saling menyokong utk keseimbangan
Bumi kepanasan tika mentari menyinari
Kegelapan tatkala berganti


Namun walau kepanasan
Walaupun kegelapan
Meskipun kedinginan
Dikau tetap setia utuh berzaman
Menyaksikan sandiwara hidup dunia


Antara realiti dan ilusi
Kita bersua melarik mimpi
Menyemai benih cinta n kasih suci
Dalam kepenatan menghadapMu
Kurasai kemanisan bak madu
Apakah itu tanda huluran cintaMu?


Bahang kedustaan nista
Menyimbah muka yg penuh noda
Menyapu bersih keluhuran hamba
Menjauhkan aku dgn Pencipta
Bahana kepalsuan duniawi
Takkan kubiar diriku dinodai
Setelah ia kujual dgn sebuah harga diri…
Segalanya hanya utkMu ya Ilahi…


http://sitiyusrinanadihahjamaludin.blogspot.com/2005_12_01_archive.html

Rahmat Ujian...

Written by permata on 07.26

Rahmat Ujian...


Sahabatku…


“Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan untukmu dgn sedikit


ketakutan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah


khabar gembira kpd org2 yg sabar.”
[QS2:155]


Life is not but a test…do you agree with me? Ketika kita diuji dgn


sebarang bentuk ujian drp Allah, bukan sedikit drp kita yang merasakan


itulah ujian yg plg berat..seolah-olah dunia bukan lagi milik


kita..Allah bukannya tidak mampu memberi pahala kpd org2 yg beriman


tanpa mengujinya terlebih dahulu..tentu shj boleh sebab Allah itu Maha


Berkuasa atas segala sesuatu..Tetapi, yg menjadi persoalan di hati


ialah kenapa adanya ujian2 ini? Tahukah shbt2 sekelian, ujian yg


diberikan oleh Allah kpd para hambaNya di atas muka bumi ini blh


dikategorikan kepada tiga:-


1. Ujian merupakan realiti kemanusiaan


Setiap manusia, tanpa mengira usia, pangkat, keturunan dan seumpamanya


pasti diuji. Justeru, kita tdk sewajarnya takut diuji kerana ujian itu


pasti kita alami…sama juga bila kita bercakap mengenai


kematian..Kematian itu suatu yg pasti..Cuma yg tidak pasti adalah


bagaimana kita akan dimatikan, di mana dan bila…itu semua di luar


jangkauan akal fikiran manusia yg sememangnya terhad..


2. Ujian merupakan realiti keimanan


Jika seorang manusia yg biasa pun pasti diuji oleh Allah, apatah lagi


sebagai seorang mukmin. Pd dasarnya, harus ada ujian untuk mengetahui


kebenaran keimanan seseorang mukmin. Kadang2 ada org yg merasakan


keimanannya sudah benar lantaran hidupnya dipermudahkan sahaja oleh


Allah tanpa pernah mengalami ujian..one word that is suitable to


describe this condition is “complacency”. Org yg seperti ini seharusnya


bertanya tentang kebenaran imannya..mengapa hidupnya santai dan mudah


shj (smooth sailing)? Hal ini bertepatan dgn firman Allah dlm Surah


Al-Ankabut ayat 2-3:


“Apakah manusia itu mengira bhw mereka akan dibiarkan shj mengatakan


‘kami telah beriman’ sdg mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami


telah menguji org2 sebelum mereka maka sesungguhnya Allah mengetahui


org2 yg benar dan Dia mengetahui org2 yg berdusta.”


3. Ujian merupakan nilai keimanan


Apa yg dimaksudkan di sini ialah semakin tinggi tingkat keimanan


seseorg, akan semakin tinggi ujian Allah dan jika lulus, maka semakin


tinggi pula keimanannya..in a simple word…tahap keimanan seseorg


berkadar langsung dgn ujian yg ditimpakan ke atasnya..


Oleh itu wahai sahabat2ku,


Berbahagialah org yg sering mendapat cubaan dan ujian dr Allah krn dgn


hal itu, peluang untuk meningkatkan darjat keimanannya akan semakin


luas..Mudah2an segala ujian yg kita terima mampu dilalui dgn sabar dan


penuh tawakkal, tanpa keluh-kesah sehingga menjadikan kita sbg org yg


meraih kemenangan..inshaAllah.


Ana tertarik dgn senikata lagu Rahmat Ujian..sarat dgn nilai2 keimanan


buat seorang ‘abidullah yg diuji oleh Sang Pencipta..hayatilah ia dan


cubalah mengambil pengajaran drpnya..ana pun mengingatkan diri ana pd


masa yg sama…sbb ana pun hanyalah insan biasa yg tdk pernah terlepas dr


menerima ujian Allah..baik ujian kesenangan atau kesusahan…


Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu


Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran


Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya


Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya


Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi



Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya


Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu


http://sitiyusrinanadihahjamaludin.blogspot.com/2006_02_01_archive.html

Mitos Cinta

Written by permata on 07.26

Mitos Cinta


Cinta yg romantik itu adlh satu konsep yg ideal dlm budaya kita. Mitos2 yg dipercayai itu sebenarnya bnyk yg telah terhasil dan dirangsang oleh media massa terutamanya TV dan filem.


MITOS 1
````````````````````
Apabila anda jatuh cinta, anda akan ketahuinya.Org akan selalu tertanya2 sama ada mrk mengalami cinta yg sejati/hny terpengaruh semata-mata. Adlh perkara biasa org akan jd keliru tentang perasaan yg dirasai, tetapi kdg2 itu tdk bermakna anda tdk betul2 jatuh cinta. Sebaliknya anda juga mungkin hny terpengaruh/terpedaya dgn perasaan anda terutama jika anda masih muda.


MITOS 2
````````````````````
Apabila cinta telah menjelma, anda tdk dpt mengawalnya.Mitos ini mencadangkan bahawa seolah-olah cinta itu sgt kuat dan berkuasa sehinggakan individu tdk mampu utk bertindak dgn bijak dan berfikir secara rasional. Mempercayai mitos ini akan membuat individu melakukan perkara2 yg berdosa dan tdk senonoh krn mengikut hati, spt kata pepatah "ikut hati mati, ikut rasa binasa." Masalah sosial dan perlanggaran hukum syarak yg terhasil di klgn remaja bnyk bermula drp kepercayaan thdp mitos ini.


MITOS 3
`````````````````````
Cinta sejati kekal selama-lamanya.Perasaan cinta mungkin kekal selama-lamanya, tapi malangnya hubungan tdk begitu. Jika hubungan putus di tgh jalan, kita mungkin cuba mengubati hati dgn berkata bhw itu bukan cinta sejati. Dgn itu membolehkan individu mencari cinta yg lain yg dianggap blh memberi mrk kegembiraan sepenuhnya. Namun, adlh lbh realistik jika kita melihat cinta sbg satu keadaan yg kdgkala membahagiakan dan kdg2 mengecewakan.


MITOS 4
````````````````````
Cinta mampu mengatasi semua masalah.Tertipu dgn mitos inilah yg menyebabkan psgn bercerai-berai. Walaupun menghadapi bnyk masalah dlm perhubungan, psgn masih berdegil dan meneruskan juga niat utk berumahtangga krn menganggap selagi mrk mencintai antara satu sama lain, mrk mampu menyelesaikan semua mslh. Memang cinta sejati bnyk menolong menyelesaikan mslh rumahtangga, namun ia tdk menjamin kejayaannya.


Ana akhiri posting kali ini dgn satu kata2 hikmah yg ana rasa cukup sesuai utk merumuskan topik ini...semoga mendpt manfaat drnya..inshaAllah..


"Kasih dan cinta manusia hanya SETITIS jika dibandingkan dgn LAUTAN cinta Allah dan sekiranya hilang yg SETITIS itu tidak akan menjejaskan hidupmu andai yg SELAUTAN itu masih kau miliki."


Wallahu a'laam.


http://sitiyusrinanadihahjamaludin.blogspot.com/2006_02_01_archive.html

Kuat kita kuatlah ummah

Written by permata on 07.21

Kuat kita kuatlah ummah


Cuaca dan suasana amat berbeza
Susah nak pasti…
Mengikut sunnah ia memang bergilir
Silih berganti…
Bagi si mukmin yang cekal berani
Tiada putus hubungannya dengan Ilahi.


Kadang-kadang cuaca cerah dan panas
Semua ceria...
Kadang-kadang pula gelap dan hujan
Semua ‘slow’ bersahaja...
Kadang-kadang dia mendung dan gerhana
Keliru dan alpa...
Kadang-kadang dia berkabut dan ribut
Sujud dan doa saja.


Apa kesan apa amalan
Tiada yang terbaik melainkan
Sikit-sikit tapi berterusan...
Itulah nasihat Rasul
Itulah pesan.


Kekadang mukmin boleh sempat berbicara
Kekadang hanya sempat bertanya-tanya
Kekadang boleh berdoa saja
Tapi yang pasti…
Ruh ukhuwwah janganlah dipersenda.


Kekuatan kita bukan pada lahir
Dan ucapan berlirik
Hati yang hidup sentiasa dididik
Sama ada seorang diri atau sebalik
Pastikan diri tertingkat jangan asyik.


Kuat kita kuatlah ummah
Lemah kita ummah dijajah
Marilah kita tingkatkan islah,
Sama ada pada hati, akal, jasad dan ukhuwwah.


Hati rindu, cemas, sedih, segala perasaan
Maklumlah cuaca buruk dan pelbagai kesan
Kadang-kadang kita lupa...
Dunia ni memang medan ujian,
Semoga Allah tingkatkan ilmu,
Kesedaran dan amalan.


Ya Allah...
Hidupkan hati-hati kami dengan kenikmatan
Seruan dan mujahadah di atas jalanMu
Janganlah Kau matikan kami
Melainkan dalam keadaan syahadah
Dalam erti yang benar...amin.


Dipetik dari Haluan.


Renungilah firman Allah SWT:-


“Hai Nabi, kobarkanlah semangat para mukmin itu untuk berperang. Jika ada dua puluh orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orang (yang sabar) di antaramu, mereka dapat mengalahkan seribu daripada orang-orang kafir, disebabkan orang-orang kafir itu kaum yang tidak mengerti.”


[QS8:65]


http://sitiyusrinanadihahjamaludin.blogspot.com/2006_02_01_archive.html

Suatu hari...bila Si Ayah berbicara...

Written by permata on 07.11

Suatu hari...bila Si Ayah berbicara...


Benakku tersentuh tatkala ayah mengucup dahiku
Kata ayah, kini aku sudah dewasa
Perlu matang mengemudi hari esok.



Mengapa perlu ayah mengeluarkan kata-kata itu?
Tidak lagikah ayah sayang padaku?
Adakah hari esok menandakan bermulanya kehidupanku bersendiri?
Termangu diri dibuatnya...



Hatiku berat menerima pemberian ayah
Kemas dan rapi tiap sudut ditudungkan
Ayah, inikah pemberian terakhir darimu buatku, puterimu?
Hatiku berkelana mencari segala yang tersirat.



Akhirnya terungkai;
Senaskah al-quran pemberian ayah...
Puteri, hati kita dikawal oleh Allah
Puteri perlu banyakkan zikir pada Allah
Kelak seandainya ayah tiada lagi
Pasti, pasti Allah akan menjaga puteri.



Islam, indahnya ajaran dan didikanmu
Mengenalimu menyayangimu cukup membahagiakanku



Memudahkan ayah, menyenangkan ayah pergi jauh dariku
Kerana menurut ayah,
Mengenali Islam, menyayangi Islam menjanjikan kebahagiaan yang abadi.
Mengenali Allah, menyayangi Allah menjanjikan kebahagiaan yang


hakiki...


http://sitiyusrinanadihahjamaludin.blogspot.com/2006_06_01_archive.html

Tiada Lagikah Cinta Di Palestina?

Written by permata on 07.07

Tiada Lagikah Cinta Di Palestina?


Dulu, suatu ketika
Tanah itu pernah menjadi tempat diri berbakti
Tidak tandus, tidak juga gersang
Subur mewangi
Bersama dedaunan dan bebunga mekar
Limpahan rahmat Ilahi pada buahan zaitun
Subhanallah, serba indah dan damai


Tapi kini
Semuanya bagaikan mimpi di siang hari
Bumi yang dulunya penuh barakah
Kini hanya dengan sekelip mata
Hancur musnah
Lantaran kerakusan manusia berhati mati
Tiada tergambar perikemanusiaan
Insan kecil dan lemah
Bagaikan tiada harga
Diperlakukan dengan penuh kezaliman
Di manakah hilangnya kuntuman cinta mereka?
Kerasnya hati mereka…nurani bersalut noda


Tidur lena bukan lagi menjadi pilihan
Bermain ria di padang hanya tinggal kenangan
Masakan tidak!
Saban hari saban waktu
Gegendang telinga sakit dan perit
Menahan bunyi dentuman senjata buatan manusia
Kelopak mata tiada lekang mengalirkan deraian air jernih
Tangis, sendu, hiba dan pilu
Jelas terpancar di rona wajah
Dek perbuatan mereka yang penuh superior
Yang cemburu tidak tentu hala
Kerna melihatkan kesenangan insan lain
Pada mereka
Kegembiraan sebenar adalah kesengsaraan ummat Islam
Keagungan mereka
Adalah kehancuran sebuah kehidupan
Zionis la’natullah
Betapa hinanya peribadi
Jijik dan jelek
Bilakah sampainya hari penyesalan?
Persoalan yang masih terbuku
Mungkin ianya mustahil sama sekali


Wahai Zionis
Apakah maknanya semua ini?
Tidak cukupkah lagi melihat keperitan mereka?
Selama 58 tahun hidup dalam ancaman
Hari ini yang berlalu
Belum tentu kesampaian hari esoknya
Pun begitu,
Mereka terus mereguk rahmat
Merengkuh harapan
Dari Sang Pencipta yang Maha Kuasa
Membina keyakinan
Bahawa kebenaran pastikan menang
Dan kebathilan kan lenyap jua
Biarlah masa menentukan
Namun, itulah realiti di bumi sana
MashaAllah, tegarnya mereka
Kentalnya semangat perjuangan mereka
Wira-wira kecil Palestina
Para syabab yang merelakan diri dinobatkan syuhada’
Kagumku pada mereka
Tak tergambar ketabahan diri
Menempuh liku-liku hidup
Demi meneruskan sisa-sisa perjuangan silam


Sering hati ini terdetik
Bilakah datangnya saat indah itu?
Bilamana bumi itu kembali hidup
Anak-anak kecil berlari bebas
Raut wajah mengukir senyum kepuasan
Gelak dan hilai tawa menghiasi panorama
Hati-hati kembali subur dengan haruman cinta
cinta yang disandarkan pada Ilahi
yang lahir atas keimanan yang utuh
bukan rapuh bak ranting kecil
ku masih keliru dan sangsi
kerna ianya menagih seribu pengorbanan
namun kupujuk jua diri ini
cuba merungkai persoalan di hati
tiada lagikah cinta di Palestina?


http://sitiyusrinanadihahjamaludin.blogspot.com/2006_08_01_archive.html

Pohon Taqwa

Written by permata on 07.04

Pohon Taqwa


"Sesungguhnya pohon yang berguguran daun-daunnya sepanjang tahun telah


sampai masa untuk tumbuh kembali, menyaluti pohon taqwa sekali lagi


setelah dilanda angin kencang maksiat yang berpanjangan. Ia akan tumbuh


semula untuk menjadi pohon yang rendang dan lebat buahnya, mengeluarkan


buah sepanjang masa dengan izin Tuhannya, maka dengannya berbekallah


seorang mukmin sepanjang tahun hingga bertemu dengan Ramadhan yang akan


datang. Diriwayatkan oleh Ahmad dengan sanad yang sahih dari Abdullah


bin Amru sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda: “Puasa dan Al-quran


memberikan syafaat kepada hamba. Pada hari kiamat berkata puasa: Wahai


Tuhan, aku telah menghalangnya dari makanan dan minuman pada siang


hari, maka syafaatku padanya.”"



http://sitiyusrinanadihahjamaludin.blogspot.com/2006_10_01_archive.html

Erti Kebahagiaan....

Written by permata on 07.02

Erti Kebahagiaan....


“Sesungguhnya kebahagiaan itu ialah, anda hidup
untuk pemikiran yang benar dan kukuh
untuk akidah terbesar yang menyelesaikan permasalahan alam yang lampau
persoalan yang disoal oleh orang yang tertanya-tanya
semasa mereka sedar dan cerdik boleh berfikir
Dari manakah aku datang?
Ke manakah aku hendak pergi?
Kenapa aku dijadikan?
Adakah aku hidup kembali?


Lalu bersinarlah keyakinan di dalam jiwa
terusir segala keraguan yang degil
terdidiklah fikiran yang waras
terciptalah akhlak yang mulia
dan kembalilah setiap akal yang menyeleweng kepada jalan yang benar dan


lurus
hidupmu akan dikurniakan nilai
oleh Tuhanmu agar hidupmu terbina
supaya matamu memandang di segala ufuk
ke arah cita-cita yang tinggi


Lalu hiduplah kamu di dunia untuk akhirat
di sanalah kamu hidup kekal dan tidak fana'
kau tudung bumimu dengan langit
dan para malaikat menjadi saksi
itulah akidah Islam untuk muslim yang bahagia
itulah asas, itulah tiang serinya
Sesiapa yang hidup memikulnya sambil memekik
dengan namanya; dialah orang yang berbahagia…”


http://sitiyusrinanadihahjamaludin.blogspot.com/2006_11_01_archive.html

Belajarlah pada pohon....

Written by permata on 07.00

Belajarlah pada pohon....


Sejak beberapa hari yang lalu, diri ini terpanggil untuk membaca


kisah-kisah teladan buat menjadi bekalan bagi meneruskan perjuangan


hidup sebagai musafir perantau di dunia menuju kehidupan abadi di


akhirat…


MashaAllah, ternyata di waktu diri seolah lemas dek pancaroba dunia,


rupa-rupanya Sang Kekasih tidak lupa untuk mengilhamkan diri ini


membuka semula kotak-kotak email yang lama….tangan ini digerakkan untuk


membaca kiriman dari seorang ukhti fillah dari negara


jiran…Subhanallah, tepat…memang terkena tamparan maha hebat di rona


wajah tatkala membaca kisah ini dari satu perenggan ke perenggan yang


lain..justeru, diharapkan sahabat-sahabat sekelian mampu meluangkan


sedikit masa untuk meneliti kisah ini dan cuba mengeluarkan ‘ibroh


(pengajaran) daripadanya….Wallahu ta’ala a’laam…Allah yubarak fiikum…


***********************************************************************


****


Suatu hari saya mendapat cerita dari seorang sahabat dekat. Dia tinggal


di kota lain di sebuah negeri empat musim. Jangan pernah tanya siapa,


kerana dia tidak mahu namanya disebut-sebut. Cerita ini berkisarkan


pergelutan batinnya dalam mengenal Tuhan. Mungkin ada pelajaran yang


bisa kita ambil daripada kisah ini. InshaAllahu khayr…Dia mempunyai


seorang guru spiritual yang juga masih muda, namun memiliki ilmu dan


hikmah yang sangat dalam. Dia bertemu dengan gurunya, lebih kurang


sekali dalam sebulan. Setiap pertemuan berikutnya, sang guru selalu


bertanya :


“Bagaimana perkembangan dan pengalaman selama sebulan ini? Ada bahan


apa yang bisa diambil hikmahnya sekarang?”


 


Keadaan ini berterusan. Terakhir sebelum berpisah lama dengan gurunya,


dia juga sempat bertemu dan sang guru memberi tugas baru. Tugasnya


adalah agar dia belajar menjadi manusia. Manusia dalam erti kata yang


sebenarnya, iaitu manusia sebagai wakil Tuhan, sebagai khalifah di muka


bumi. Dan untuk menjadi khalifah dia harus mengenal yang diwakilinya,


mengenal Tuhannya.


"Kenali sifat-sifat Tuhan. Jagalah hatimu, ucapanmu, dan akhlakmu


sehingga mencerminkan sifat-sifat Tuhan. Tuhan Maha Suci, Maha


Pengasih, Maha Penyayang... Tidak usah pening-pening memikirkan


caranya, cukup jalani saja hidupmu dengan seadanya. Tidak usah banyak


meminta. Nanti kau akan menemukan sendiri."



Alkisah, sahabat saya ini harus pergi ke negara lain atas urusan


pekerjaan. Sebelumnya dia memulai pelaburan, bisnes. Teman-temannya


sudah ada yang berjaya, dan dia lihat sendiri buktinya. Dengan


berbekalkan sedikit wang beberapa belas juta, dia memulakan


pelaburannya. Kemudian dia berniat untuk menambah pelaburannya. Dalam


hatinya, jika pelaburan ini sukses, dia bisa melepaskan diri dari


masalah kewangan, sehingga bisa beramal dan membantu orang lain dengan


lebih banyak.Dia memohon petunjuk dulu kepada Allah. Apakah


diperbolehkan pelaburan ini. Jika boleh, mohon dimudahkan. Jika tidak,


mohon dijauhkan. Ternyata proposalnya ke bank disetujui, dengan jaminan


kenderaan hasil usahanya selama ini. Pelaburan pun bertambah. Lalu dia


berangkat.



Namun tidak lama setelah dia bekerja di kota baru, datang khabar buruk


kalau bisnes yang diikutinya hancur. Dia kaget, dan mulai khuatir. Dia


ingat hal-hal yang diajarkan oleh gurunya. Lalu dia berzikir dan


berdoa. Maklum hanya itu yang bisa dia lakukan dari jauh. Tidak mungkin


dia pulang dan menyelesaikannya.



Dia mengadukan semua pada Tuhan, dan berharap semoga keadaan menjadi


lebih baik. Rajin sungguh dia berdoa, sehingga dia rasakan kenikmatan


dalam hatinya yang jarang dirasakan sebelumnya. Hati yang terasa sejuk,


seperti disiram ais ketika berzikir. Kekhuatirannya hilang, berubah


menjadi syukur. Syukur kerana diberi cubaan dan diberi kenikmatan iman


dalam zikirnya.



Beberapa hari kemudian berita baru datang. Keadaan tidak menjadi lebih


baik, tetapi lebih buruk. Modal yang dilaburkannya terancam tidak bisa


kembali. Disangkakan untung, yang mungkin terjadi adalah kerugian. Dia


yang tadinya sudah tenang, kembali menjadi khuatir. Kemudian dalam


kesempatan zikir setelah solat, dia pun kembali memasrahkan diri kepada


Tuhan. Dia yakin, pertolongan Tuhan sangat dekat. Di sebalik ujian,


pasti ada kemudahan. Dia yakin, ujian ini tidak akan lama, dan pada


akhirnya pasti Tuhan akan menyelamatkan pelaburannya.



Hari berikutnya, berita datang lagi, bahawa keadaan benar-benar semakin


tidak bisa dipulihkan. Hilangnya modal sudah di depan mata. Dia pun


tidak bisa membohongi diri, kalau hatinya benar-benar khuatir dan putus


asa. Belum pernah dia rasakan keputusan yang sedemikian dalam.


Terbayang dalam fikirannya, bahawa di bulan-bulan selanjutnya dia harus


membayar hutang ke bank puluhan juta, atas sesuatu yang dia tidak


pernah rasakan manfaat dan keuntungannya.


Dia mulai berprasangka buruk kepada Tuhan. Dia merasa malas mengerjakan


solat dan zikir, kerana ternyata kenyataan yang terjadi lain dengan


yang diyakininya.
(Yaitu) ketika mereka datang kepadamu dari atas dan dari bawahmu, dan


ketika tidak tetap lagi penglihatan(mu) dan hatimu naik menyesak sampai


ke tenggorokan dan kamu menyangka terhadap Allah dengan bermacam-macam


purbasangka. Di situlah diuji orang-orang mukmin dan digoncangkan


(hatinya) dengan goncangan yang sangat.[QS33:10-11]


Bukankah sebelumnya aku sudah mohon petunjuk kepada-Mu ya Tuhan?


Bukankah kesejukan dan ketenangan dalam diriku berasal dari-Mu ya


Tuhan? Tapi kenapa jadi seperti ini?



Dia menjadi ragu, apakah Tuhan masih akan menolongnya. Benar-benar


kacau keadaan hati dan fikirannya saat itu. Namun tidak lama, hanya


kurang dari setengah jam dia merasakan seperti itu. Dia pun ingat yang


diajarkan gurunya,


"Segala rasa seksa, itu datangnya dari shaitan." Lalu ia pun sedar,


bahawa shaitan dalam dirinya sedang mengelabui dan menutup hatinya.


Mencuba agar dia berputus asa dan berpaling dari Tuhan. Melalui fikiran


dan nafsu, setan menampilkan gambaran yang buruk-buruk tentang apa yang


akan terjadi kemudian. Dan shaitan itu bukan siapa-siapa, tetapi


bahagian negatif dari keduanya, dari dirinya sendiri. "


 


Dia pun berteriak kepada nafsu dan fikirannya,"Wahai nafsu dan


fikiranku. Diam kau sekarang. Kalian mahu diselamatkan atau tidak.


Kalau mahu, mari bersamaku berwudhu’ dan menghadap Tuhan."Keyakinannya


kepada Tuhan tumbuh lagi. Dalam zikir dia bertanya kepada Tuhan tentang


hikmah semua ini. Kesalahan apa yang telah dilakukannya. Apa yang


dikehendaki Tuhan atas dirinya.


"Jika kau hanya mahu kenikmatan, dan menolak penderitaan, maka bukan


sifat Tuhan yang kau pelihara dalam hatimu. Jika kau mahu menjadi


khalifah, menjadi wakilKu, maka kau harus mahu menerima kedua-duanya


dengan ikhlas."


Sahabatku pun menangis di hadapan Tuhan. Menyesali kebodohan yang baru


saja dia lakukan. Menyesali dirinya yang hampir-hampir masuk dalam


golongan orang fasiq, orang-orang yang berputus asa terhadap rahmat


Allah.


"Belum disebut beriman kamu, jika belum pernah diuji dan belum lulus


ujian penderitaan.”



Tangisnya pun semakin dalam. Bukan kesedihan, tetapi rasa syukur yang


dalam kerana telah diuji oleh Tuhan. Diberi kesempatan untuk menjadi


orang beriman. Ada harapan untuk masuk golongan orang beriman."Ya


Tuhanku, dulu aku tiada, sekarang aku tumbuh dengan lengkap sempurna.


Dulu aku tidak punya harta, lalu Engkau anugerahi aku, dan sekarang Kau


ambil lagi milik-Mu. Kenapa aku sedih dan khuatir ya Tuhan, atas


hilangnya sesuatu yang bukan milikku. Betapa bodohnya aku ini. Betapa


aku lupa siapa aku ini. Sungguh jika Engkau tidak ingatkan aku dengan


ujian ini, pasti aku termasuk orang yang lupa diri selamanya. Ampuni


aku ya Tuhan, atas kebodohanku ini.."



Dalam tangis dan zikirnya, dia membuka surat Alam Nasyrah.



"Bukankah Kami telah melapangkan untukmu. Dan Kami telah menghilangkan


dari padamu bebanmu, yang memberatkan punggungmu? Dan Kami tinggikan


bagimu sebutan (nama)mu. Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada


kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka


apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan


sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmu lah


hendaknya kamu berharap."


 


Tiada terkira syukur nikmat yang dia rasakan. Nikmat iman dan kedekatan


dengan Tuhan. Terasa seperti dalam pelukan kekasihnya. Teringat


bagaimana kekhuatiran dalam hatinya dihilangkan, dan diganti dengan


syukur. Terbayang saat-saat yang penuh beban kemudian menjadi seringan


kapas.



Dan sahabatku pun menjadi tidak lagi peduli dengan kerugian,


kehilangan, dan kegagalan. Semua dari Allah, dan sekarang kembali


kepada-Nya lagi. Dia pun segera kembali bekerja, seolah tiada masalah


yang terjadi. Dia teringat perintah Tuhan agar tidak banyak


berangan-angan, khuatir, memikirkan kemungkinan- kemungkinan buruk yang


bakal terjadi, dan besarnya nilai kerugian yang dialami. Tidak ada


waktu lagi untuk itu, yang ada adalah "mengerjakan dengan


sungguh-sungguh urusan yang lain," iaitu pekerjaannya.



Beberapa hari kemudian berlalu dengan normal. Apapun berita tentang


pelaburannya sudah tidak lagi menarik hatinya. Namun sebenarnya masalah


masih ada. Hutang tetap hutang, dan harus dibayar! Suatu hari, datang


berita lagi, setidaknya untuk saat itu modal dia benar-benar tidak bisa


diharapkan kembali. Bisnes yang diikutinya sudah gulung tikar. Mereka


yang mengurus bisnes tersebut sedang dalam penyelidikan polisi dan


hukum. Dia pun teringat kembali, dari mana harus membayar hutangnya.


Minggu depan sudah harus membayar hutang. Kalau tidak bisa, akan


dimasukkan daftar hitam oleh bank dan kenderaanya disita.
Dia memang sudah tidak peduli dengan modal yang hilang. Tetapi masalah


masih akan timbul seandainya dia tidak mampu melunaskan segala


hutangnya pada bank.
“Kamu sungguh-sungguh akan diuji terhadap hartamu dan dirimu.”


[QS3:186]



Seperti biasa, sahabat saya yang menjadi rajin mendekatkan diri kepada


Allah sejak ujian ini, merenung dengan hatinya dan berzikir. Dia sudah


ikhlas dan memasrahkan semua urusan kepada Tuhan. Dia sudah tidak


pernah memohon agar diringankan atau dikembalikan modalnya. Dia yakin,


semua memang sudah diatur oleh Allah untuknya.Kenapa harus meminta yang


aneh-aneh yang mungkin di luar scenario Allah? Oleh kerana itu, doanya


hanyalah "agar diberi penerang dalam ujian ini, dan diberi akhir yang


terbaik."



Dalam zikirnya dia mendapat penjelasan. Ada beberapa kesalahan yang dia


lakukan dalam bisnes itu. Pertama, adanya niat dalam hati untuk "bebas


dari masalah kewangan yang membelenggu". Berharap memperoleh pendapatan


pasif sehingga merasa cukup dari sudut material dan tidak perlu lagi


khuatir soal wang. Ternyata, hal ini bisa menggelincirkan hatinya pada


kemusyrikan yang lembut. Kemusyrikan yang ditimbulkan oleh harta. Bagi


Tuhan, jika dia merasa tenang kerana kecukupan material, atau "bebas


financial", maka itu sama saja dengan kemusyrikan. Sebab dia merasa


tenang bukan kerana Allah. Dia tenang kerana sesuatu selain Allah.


Belum saatnya bagi dia untuk mengalami "bebas financial" ini, kerana


pasti akan terjerumus. Suatu saat jika sudah tiba waktunya, pasti akan


dianugerahi oleh Allah kebebasan ini. Namun saat itu dia sudah siap,


sehingga tidak tertipu oleh kesenangan material. Ujian ini untuk


mempersiapkan dirinya.



Kedua, adanya keinginan untuk bisa membantu lebih banyak orang dengan


banyaknya harta yang dia miliki nanti.Bukankah ini niat yang baik?


Benar, tetapi ternyata keinginan ini bisa menipu dengan halusnya. Ada


kesalahan dalam keinginan tersebut, iaitu sesungguhnya bukan dia yang


membantu manusia lain, tetapi Tuhan. Jika benar terjadi dia bisa


membantu banyak orang, pasti dia akan tertipu oleh rasa dirinya, oleh


pengakuan dirinya. Pengakuan bahwa "aku telah beramal soleh dengan


membantu banyak orang." Lalu muncul kepuasan dan kebanggaan spiritual


yang tidak dia sedari. Tidak seharusnya dia memiliki rasa seperti itu,


kerana semua harus dikembalikan kepada Tuhan. Dirinya dipakai oleh


Tuhan untuk menolong orang lain, tetapi bukan dia yang menolong.


Kesedaran ini harus tumbuh terlebih dahulu, sebelum dia benar-benar


menolong orang lain nanti. Dan ujian ini yang mengajarinya. Mengajarkan


makna "Bismillah", "Atas nama Allah", "dengan nama Allah". Ertinya


ketika dia membantu orang lain, saat itu dalam hatinya harus disedari


bahawa yang membantu adalah Tuhan, bukan dirinya. Tuhan sedang


menggunakan wadahnya untuk membantu orang lain. Dan tidak sepatutnya


dia mengakui itu sebagai amal perbuatannya.



"Ya Tuhan, betapa Mulianya Engkau. Aku membeli ujian ini dengan modal


yang tidak seberapa, dan itupun dari-Mu, harta milik-Mu. Namun manfaat


yang kudapatkan sungguh tiada ternilai dengan apapun. Betapa bodoh jika


aku masih menyesali hilangnya harta itu ya Tuhan."


Demikian katanya lirih dalam hati.Happy ending? Belum...Hutang tetap


hutang, dan harus dibayar. Dia pun harus kembali ke alam nyata. Harus


tersedar lagi dari tafakkur dan zikirnya, dan menghadapi bulan-bulan


berikutnya dengan tekanan dan mungkin penderitaan. Apa yang telah dia


dapatkan, sekali lagi, harus dibuktikan dengan kenyataan. "Ya Tuhan,


ini adalah minggu-minggu yang berat bagiku. Seperti ditiup angin dan


badai kencang. Aku sudah hampir tumbang, tapi Engkau selamatkan aku.


Dan sekarang pun belum usai ujian ini ya Tuhan. Aku yakin Kau pasti


menolong. Aku tidak minta apapun bahkan untuk Kau ringankan beban


ini.Engkau Maha Tahu akan kemampuanku dan keterbatasanku lebih dari


pengetahuanku sendiri. Berilah aku petunjuk-Mu, agar aku tidak khuatir


lagi menghadapi hari-hari di depanku dalan mengharungi ujian-Mu ini."



Lihatlah pohon di luar jendela itu. Bukankah kau beberapa minggu ini


tertarik memperhatikannya? Kau sudah lihat pohon itu dulu berdaun


lebat. Lalu datang musim gugur. Daunnya menjadi kuning, rapuh, kemudian


berjatuhan ditiup angin kencang. Musim dingin sudah berlalu, dan


sekarang musim bunga. Kau lihat daunnya mekar, dari hari ke hari


semakin lebat, dan sekarang seluruh cabangnya telah hijau kembali.Dari


tahun ke tahun seperti itu. Sejak pohon itu kecil, hingga sekarang


menjadi besar. Kau lihat, meskipun daunnya berjatuhan dan kembali


mekar, bukan bermakna pohon itu semakin kecil. Tetapi semakin besar,


semakin tinggi, semakin rendang.



Seperti itulah manusia yang beriman. Mereka tidak akan pernah lepas


dari ujian, dari tiupan angin badai penderitaan. Kerana itulah makanan


bagi keimanannya agar tumbuh subur. Namun selalu "sesudah kesulitan itu


ada kemudahan", selalu ada yang bersemi, selalu ada kebahagiaan baru.


Seperti pohon yang makin tinggi, iman mereka pun semakin


meningkat.Kadang-kadang ada pohon yang tumbang kerana badai dahsyat.


Namun selama akar pohon itu masih masuk ke dalam tanah, sumber bahan


kehidupan, pohon itu tidak akan mati. Daun dan dahannya akan selalu


tumbuh. Oleh kerana itu, tancapkan hatimu, akarmu, kepada Sumber


Kehidupan, kepada Dzatullah. Maka kau akan selamat.


“Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan


rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan


petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.” [QS7:205]



Pohon tidak pernah khuatir akan kehilangan daun untuk selamanya ketika


daunnya berguguran. Apakah kamu tidak malu pada pohon itu? Belajarlah


darinya.


http://sitiyusrinanadihahjamaludin.blogspot.com/2006_11_01_archive.html

Blog ini hanya kumpulan artikel pilihan dari berbagai penjuru alam dunia perblogan. Diabadikan untuk referensi diri atau bagai siapa saja yang memerlukannya. Semoga ada manfaatnya. Baik bagi penulis, pembaca, tidak lupa bagi yang bikin dan ngurusi blog ini.

Recent Posts